Berita Harian

Rakyat Malaysia dipenjara di Australia

-

Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Australia kerana didapati bersalah menyeludup lebih enam juta batang rokok ke negara itu.

Australian Border Force (ABF), dalam satu kenyataan, berkata rokok dari Malaysia itu disembunyi­kan di bawah barangan lain bagi mengelak duti import lebih AUD$4 juta (RM11.6 juta)

Berdasarka­n kenyataan itu, pada 10 Ogos 2017, tiga rakyat Malaysia di kesan sedang membuka bungkusan rokok berkenaan di sebuah kawasan kilang dan ditahan sebelum didakwa di bawah Customs Act 1901.

Mereka didakwa memiliki produk tembakau yang diketahui diimport dengan niat mengelak pembayaran duti import dan dikenakan hukuman penjara antara 16 hingga 24 bulan.

Seludup 6 juta batang rokok

Pada 13 Ogos 2017 pula, dua daripada mereka ditahan ketika cuba meninggalk­an Australia dan didakwa atas tuduhan melakukan penyeludup­an lebih enam juta batang rokok.

Salah seorang daripada mereka mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Melbourne County dan pada 20 Februari lalu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan syarat tiada parol bagi tempoh tiga tahun serta akan diusir dari Australia apabila dibebaskan nanti.

Tahun lalu, ABF dilaporkan mengesan 110,000 cubaan menyeludup produk tembakau haram merentasi sempadan membabitka­n hampir 240 juta batang rokok dan 217 tan tembakau, dalam cubaan mengelak pembayaran cukai lebih AUD$356 juta (RM1 bilion).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia