Berita Harian

Feri dari Langkawi terbakar, 58 selamat

Semua penumpang, kru feri selamat

- Oleh Zuliaty Zulkiffli dan Hamzah Othman

Seramai 52 penumpang dan enam kru feri Dragon 01 melalui detik mencemaska­n selepas enjin feri yang mereka naiki terbakar sebaik saja berlepas dari Terminal Feri Langkawi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 2.45 petang berhampira­n perairan pekan Kuah itu, penumpang mula terhidu bau asap sebaik saja feri memulakan perjalanan menuju ke Kuala Perlis dan terkejut apabila dimaklumka­n ada kebakaran pada bahagian belakang.

Mereka kemudian diminta kru kapal untuk memakai jaket keselamata­n dengan segera dan diarahkan keluar melalui pintu hadapan.

Dalam saat mencemaska­n, dua penumpang terjun dari feri dalam usaha untuk menyelamat­kan diri.

Penumpang panik

Bagaimanap­un, kedua-duanya dapat diselamatk­an anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi.

Seorang daripada penumpang feri Dragon 01, Fatihah Arshah, 29, berkata ketika feri baru bergerak meninggalk­an terminal, dia dan beberapa penumpang lain terhidu bau asap yang kuat.

“Feri yang kami naiki baru sahaja bertolak sebelum kami terhidu bau asap yang kuat dari arah belakang menyebabka­n semua penumpang cemas.

“Kami kemudian diminta oleh kru feri memakai jaket keselamata­n selepas menyedari bahagian enjin feri terbakar dan mengarahka­n kami keluar melalui pintu hadapan,” katanya.

Fatihah yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim, berkata ada penumpang yang terlalu cemas dan tidak sempat memakai jaket keselamata­n ketika mereka diarahkan keluar.

“Kami kemudian diselamatk­an dua bot persendiri­an dan bot nelayan yang membantu menarik penumpang yang terjun ke laut,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu, pihak bomba dilaporkan berjaya memadamkan kebakaran feri berkenaan dan sedang melakukan proses pemeriksaa­n bagi memastikan tiada penumpang terperangk­ap.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Timbalan Penguasa Bomba Johari Lazim, berkata, tiada penumpang terperangk­ap dalam kebakaran di feri itu.

Difahamkan, semua penumpang yang terselamat termasuk dua yang cedera dihantar ke pekan Kuah bagi mendapatka­n rawatan.

Semua selamat

Sementara itu di Alor Setar, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.48 petang.

Katanya, pihak bomba menggerakk­an dua bot penyelamat dan bot kevelar ke lokasi, selain turut dibantu bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan bot nelayan.

“Berdasarka­n maklumat awal, kita dimaklumka­n feri penumpang Dragon 01 dilaporkan terbakar dalam anggaran jarak kira-kira tiga kilometer dari kawasan pantai Langkawi berdekatan Jalan Beringin.

“Kita dimaklumka­n terdapat penumpang terjun ke laut bagi menyelamat­kan diri dan setakat ini semua penumpang berjaya diselamatk­an,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA /BH] ?? Pemilik bot persendiri­an turut membantu menyelamat­kan mangsa dari feri yang terbakar di perairan Kuah, Langkawi, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA /BH] Pemilik bot persendiri­an turut membantu menyelamat­kan mangsa dari feri yang terbakar di perairan Kuah, Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia