Berita Harian

AKTIVITI TEROKA TANAH, LOMBONG DIHENTI

Tiada lagi pergerakan jentera, lori angkut bijih besi selepas didedah BH

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Aktiviti penerokaan tanah dan perlombong­an secara berleluasa di Bukit Ketaya, berhampira­n Tasik Chini yang mengancam keindahan tasik semula jadi kedua terbesar negara itu, dipercayai sudah dihentikan.

Ia berdasarka­n tinjauan BH ke lokasi itu semalam, yang mendapati tiada lagi pergerakan jentera mengorek tanah dan lori mengangkut bijih besi seperti yang biasa dilihat penduduk serta hasil pemerhatia­n wartawan pada minggu lalu.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui juga mengakui kegiatan perlombong­an di kawasan terbabit, terus terhenti selepas BH pada Khamis minggu lalu, mendedahka­n keadaan menyedihka­n tasik berkenaan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, berkata keadaan sejak seminggu lalu jauh berbeza berbanding sebelum itu yang sibuk dengan pergerakan keluar masuk lori dari kawasan perlombong­an.

“Selepas berita mengenai keadaan tasik ini disiarkan, tiada lagi aktiviti membawa keluar bijih besi dari kawasan lombong haram.

Hargai pendedahan BH

“Mungkin (pelombong) sudah ditegur pihak berkuasa. Dulu, sampai malam pun kami boleh dengar pergerakan lori dari kawasan perlombong­an,” katanya.

Penduduk Kampung Melai, Yeoh Chee Ming, 31, menghargai pendedahan BH mengenai aktiviti penerokaan tanah dan perlombong­an secara berleluasa berhampira­n Tasik Chini.

“Bila keluar di media, baru orang tahu apa berlaku di sini. Kampung kami menerima kesan teruk seperti sungai tercemar. Sekarang bila musim panas memang air jernih, tetapi apabila hujan, warnanya seperti teh susu.

Air tasik bertukar keruh

“Kami terpaksa mendapatka­n bekalan air dari anak sungai lain di Ulu Melai,” katanya yang sudah lama mengesyaki aktiviti perlombong­an di lokasi terbabit adalah haram kerana ia pasti dihentikan setiap kali serbuan dilakukan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

BH mula mendedahka­n keadaan semasa Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan ekopelanco­ngan, bermula 21 Februari lalu.

Keistimewa­an 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar yang turut menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui aktiviti pelanconga­n dan penangkapa­n ikan, turut terjejas apabila air tasik bertukar keruh.

Tinjauan BH sebelum ini mendapati penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampira­n tasik, seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi menggelakk­an pencemaran alam sekitar.

Difahamkan, penerokaan tanah bagi perlombong­an bijih besi bermula beberapa tahun lalu, namun semakin parah kebelakang­an ini.

Gambar yang dirakam dari udara menggunaka­n dron mendapati penerokaan tanah bukit yang hanya 150 meter dari tasik, jelas menunjukka­n kawasan kehijauann­ya makin berkuranga­n berbanding di pintu masuk utama ke Tasik Chini melalui Lake Chini Resort.

Papan tanda dipasang pada pintu masuk ke kawasan itu menunjukka­n kerja melombong di Bukit Ketaya dalam Mukim Penor itu diluluskan PTG Pahang pada 3 Oktober 2011.

Keadaan semasa Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pertama negara, boleh menyebabka­nnya hilang status itu jika tiada pemulihan dilakukan menjelang audit pada Mei hingga September ini.

 ??  ??
 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Aktiviti penerokaan tanah dan perlombong­an di Bukit Ketaya, berhampira­n Tasik Chini dikesan sudah dihentikan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Aktiviti penerokaan tanah dan perlombong­an di Bukit Ketaya, berhampira­n Tasik Chini dikesan sudah dihentikan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia