Berita Harian

Perbelanja­an pelancong asing 2018 cecah RM84.1 bilion

-

Putrajaya: Sektor pelanconga­n menyumbang RM84.1 bilion kepada pertumbuha­n ekonomi negara menerusi ketibaan kira-kira 25.8 juta pelancong antarabang­sa ke negara ini tahun lalu.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata walaupun jumlah kedatangan pelancong asing ke negara ini mencatatka­n penurunan sebanyak 0.4 peratus, berbanding 25.9 juta pada 2017, jumlah perbelanja­an pelancong menunjukka­n peningkata­n.

“Perbelanja­an pelancong meningkat 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion pada tahun lalu, berbanding 2017 iaitu RM82.2 bilion.

“Penyumbang terbesar perbelanja­an pelancong ialah pasaran jarak dekat ASEAN, iaitu sebanyak RM48.5 bilion, namun berlaku penguranga­n 12.8 peratus, berbanding RM55.6 bilion pada 2017.

“Selain itu, sumbangan dari pasaran bukan ASEAN secara kumulatif sebanyak RM35.6 bilion seperti dari Asia Timur (RM18.4 bilion); Eropah (RM5.6 bilion); Asia Selatan (RM3.8 bilion); Asia Barat (RM3.1 bilion); Amerika (RM1.8 bilion); Australia (RM1.6 bilion); New Zealand (RM224.7 juta); Asia Tengah (RM135.7 juta) dan Afrika Selatan (RM93.7 juta),” katanya di sini, semalam.

Katanya, perbelanja­an pelancong tertumpu kepada segmen beli-belah (33.4 peratus), diikuti oleh penginapan (25.7 peratus) dan makanan serta minuman (13.4 peratus).

Catat kenaikan

“Perbelanja­an beli-belah mencatatka­n kenaikan daripada 32.7 peratus pada 2017 kepada 33.4 peratus pada tahun lalu dengan barangan kraf tangan Malaysia ialah item popular dibeli pelancong, selain makanan,” katanya.

Beliau berkata, purata tempoh tinggal pelancong asing di Malaysia tahun lalu meningkat 0.8 malam, iaitu 6.5 malam berbanding 5.7 malam pada 2017.

“Peningkata­n tempoh tinggal terutama dari pasaran jarak jauh iaitu Asia Barat (9.7 malam); Eropah (8.6 malam), Asia Tengah (8.3 malam) serta dari pasaran jarak sederhana seperti Asia Selatan (6.2 malam) dan Asia Timur (6.1 malam), manakala penurunan tempoh tinggal ialah bagi pasaran ASEAN (4.3 malam dari 5.8 malam) dan Amerika (7.8 malam dari 8.0 malam),” katanya.

Sementara itu, pengusaha Airbnb di negara ini yang menawarkan perkhidmat­an penginapan kepada pelancong digalak mendaftar maklumat operasi dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak, berkata pendaftara­n itu bagi membolehka­n kementeria­n mengetahui lebih lanjut butiran operasi di negara ini.

“Selepas mendaftar, kita boleh mengadakan pertemuan dengan mereka untuk melihat bagaimana kementeria­n dapat membantu pengusaha termasuk soal kebajikan dan untuk memudah cara perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Usaha ini ke arah menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk pelancong yang mana ia adalah antara inisiatif mempromosi­kan Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia