Berita Harian

Pindaan akta dikaji elak risiko kebakaran

-

Kuching: Kerajaan Sarawak sedang meneliti langkah untuk meminda undang-undang kecil berkaitan pembinaan bangunan bagi mengurangk­an risiko kebakaran besarbesar­an bangunan kediaman, khususnya rumah panjang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kajian awal perlu dilaksanak­an, terutama bagi mendapatka­n maklum balas serta penerimaan penduduk rumah panjang berhubung cadangan pindaan undang-undang itu.

Beliau berkata, pindaan itu dipertimba­ngkan bagi menangani masalah kebakaran yang sering membabitka­n rumah panjang dengan pindaan yang dicadangka­n akan mewajibkan pembinaan rumah panjang baharu dibuat mengikut standard ditetapkan.

“Kita sedang meneliti kemungkina­n untuk meminda akta yang ada serta undangunda­ng kecil pihak berkuasa tempatan, yang mungkin boleh dijadikan sebagai mandatori.

Tak boleh paksa penduduk

“Ketika ini kita tidak boleh memaksa penduduk untuk membina rumah panjang mengikut standard yang ditetapkan kerana kita belum mendapatka­n maklum balas penduduk, malah setiap pembinaan rumah panjang itu ada juga tradisinya,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Abang Johari berkata, undang-undang sedia ada iaitu Ordinan Bangunan Sarawak (SBO) 1994 diwujudkan bagi membolehka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani kerja penyambung­an bangunan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pindaan yang dicadangka­n itu juga bukan saja akan membabitka­n PBT, malah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut serta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pula menegaskan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKK) rumah panjang dan kampung tidak boleh mengabaika­n langkah pencegahan kebakaran dalam senarai tanggungja­wab mereka.

Beliau berkata, setiap anggota JKK harus menyedari tanggungja­wab itu lebih penting kerana banyak kes kebakaran rumah panjang dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia