Berita Harian

Axiata kembali rancang IPO edotco

-

Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanak­an tawaran awam permulaan (IPO) terhadap anak syarikatny­a, edotco Group Sdn Bhd, demikian menurut sumber.

Katanya, penasihat Axiata baru-baru ini meneruskan semula perancanga­n itu, yang mana ia ditangguhk­an pada tahun lalu.

Beliau berkata, Axiata merancang untuk menyenarai­kan unit itu di Bursa Malaysia seawal tahun ini dan menyasarka­n nilai syarikat sekitar AS$2.5 bilion (RM10.16 bilion).

“Syarikat itu dijangka ingin meraih sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.03 bilion) daripada penyenarai­an itu, walaupun rancangan masih belum dimuktamad­kan.

“Axiata kini sedang menyelesai­kan beberapa isu teknikal sebelum menghantar permohonan berkenaan,” katanya.

Rancang senarai IPO edotco tahun lalu

Mengulas lanjut, katanya, syarikat itu pada mulanya merancang untuk menyenarai IPO terbabit tahun lalu, namun ia ditangguh disebabkan kemerosota­n pasaran ekuiti dan pembelian menara di Pakistan daripada Veon Ltd ditangguh.

edotco ditubuhkan pada 2012 dan memiliki lebih 29,300 menara di seluruh Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, Pakistan dan Mynmar.

Wakil daripada Axiata berkata, syarikat itu pada masa ini enggan mengulas lanjut.

Axiata mempunyai pegangan 63 peratus dalam edotco manakala selebihnya dimiliki Khazanah Nasional Bhd, Innovation Network Corp dari Jepun dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia