Berita Harian

MELANGKAH KE DUNIA KAMPUS

Cabaran memasuki semester baharu, minggu orientasi, tentukan hala tuju pelajar

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Menelusuri alam baharu kehidupan di universiti pastinya mengundang pelbagai perasaan terutama bagi mahasiswa yang pertama kali menjejakka­n kaki ke menara gading.

Tidak hanya sekadar berjauhan dengan keluarga tercinta, pelajar juga perlu bersedia menempuhi cabaran dan pengalaman baharu yang menuntut komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian.

Lazimnya, menjadi tradisi di setiap universiti dalam menganjurk­an minggu orientasi atau suai kenal kepada pelajar baharu yang bertujuan mendedahka­n mereka dengan budaya kehidupan serta pembelajar­an di kampus.

Timbalan Rektor (Pembanguna­n Pelajar dan Jaringan Komuniti) Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, berkata beberapa aspek diberi penekanan menerusi program orientasi dikenali Taaruf Week yang dilaksana selama seminggu kepada semua pelajar baharu.

Beliau berkata, pendedahan menyeluruh itu merangkumi pengenalan mengenai hala tuju, misi dan visi universiti, di samping pilihan kuliyyah atau program yang ditawarkan.

Budaya pembelajar­an dan cabaran persekitar­an di kampus menuntut mahasiswa untuk mempersiap­kan diri dengan pelbagai aspek serta kemahiran penting apatah lagi bagi mereka yang memasuki semester baharu.

Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar, 22, berkata pelbagai program dilaksana pihaknya pada setiap semester untuk manfaat pelajar.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa USIM itu berkata, program terbabit antaranya seperti jelajah kebajikan fakulti, integrasi profesiona­l mahasiswa (I-prom), dewan siswa, minggu keselamata­n siswa, debat polisi serta wacana intelektua­l.

“Minggu keselamata­n siswa adalah minggu yang sarat dengan beberapa siri program untuk pelajar bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran mereka mengenai aspek keselamata­n dan kesihatan diri.

“Manakala, jelajah kebajikan fakulti bermatlama­t mendengar sendiri permasalah­an dibangkitk­an wakil persatuan mahasiswa di setiap fakulti, meningkatk­an kualiti dan pencapaian pelajar daripada sudut akademik serta sukan seiring menjadikan USIM sebagai institusi pengajian tinggi unggul,” katanya kepada BH Varsiti.

Bagi mahasiswa Diploma

Kejurutera­an (Pembuatan) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Siti Nur Soleha Mohamad Hanafiah, 20, persediaan rapi dilakukan seperti penyediaan nota penting bagi subjek mencabar, pemilihan program bersesuaia­n serta aktiviti kokurikulu­m yang akan disertai.

“Saya akui terdapat cabaran tersendiri apabila memasuki semester baharu, termasuk pengurusan masa dan pengambila­n subjek, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya pada pembelajar­an kuliah berbanding ‘tangguh serta belajar sendiri’.

Raih kejayaan

“Setiap pelajar tentu mahu menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang, sehubungan itu saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berharap dapat mengharung­i semester ini dengan sebaik- nya, sekali gus memperoleh CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) terbaik kelak,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nayli Mohamad Nizam, 22, mengakui pengurusan kewangan secara sistematik adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa sejajar dengan cabaran kos hidup masa kini.

“Sudah pasti antara cabaran dihadapi pada setiap semester ialah masalah ekonomi kendiri di mana kos sara hidup yang tinggi menuntut saya untuk bekerja sambil belajar, termasuk bagi membayar yuran pengajian, alhamdulil­lah permasalah­an ini berjaya saya atasi.

“Saya berazam untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan program anjuran kelab dan fakulti sepanjang tempoh pengajian ini, pada masa sama mahu meraih banyak kejayaan yang dapat membanggak­an diri, ibu bapa, keluarga, pensyarah serta universiti ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Program larian adalah antara aktiviti yang dapat mendekatka­n mahasiswa dengan masyarakat setempat Mahasiswa berperanan penting menjaga keindahan alam sekitar. Siti Nur Soleha
Program larian adalah antara aktiviti yang dapat mendekatka­n mahasiswa dengan masyarakat setempat Mahasiswa berperanan penting menjaga keindahan alam sekitar. Siti Nur Soleha
 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Iskandar Zulkarnain
Muhammad Iskandar Zulkarnain
 ??  ?? Nayli
Nayli
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia