Berita Harian

Sime Darby Property jangka positif

-

Sime Darby Property Bhd (SDP) menyasarka­n jualan sebanyak RM2.3 bilion tahun ini, selepas melepasi sasaran jualan enam bulan berakhir 31 Disember 2018.

Dalam satu kenyataan, SDP berkata syarikat sudah mencapai satu pertiga lebih tinggi daripada sasaran awal jualan RM1 bilion bagi tempoh enam bulan, iaitu sebanyak RM1.34 bilion.

“Menerusi legasi aset dan produk yang sedia ada, kami menjangkak­an pulangan segera bagi keuntungan berikutan prestasi operasi syarikat adalah positif.

“Pelancaran di sepanjang tempoh berkenaan juga diterima dengan baik dan kami menjangkak­an prestasi ini akan berterusan pada separuh pertama 2019,” kata Pengerusi SDP, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

SDP berkata, permintaan bagi produk unit atas tanah di Serenia City, Selangor terus kukuh dengan 99 peratus Serenia Adiva sudah dijual pada Oktober.

Pada Julai, syarikat merekodkan jualan 81 peratus daripada Ayra, iaitu projek rumah dua tingkat di Bandar Bukit Raja, Klang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata kelembapan pasaran hartanah terus menjadi cabaran utama, namun kumpulan akan terus optimis menerusi usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta.

“Kami juga akan terus mengkaji semula perancanga­n bagi tahun ini untuk memastikan strategi harga dan pelancaran kami pada masa depan mampu memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Harga mampu milik dan sederhana

SDP menjangkak­an prestasi memuaskan bagi tahun kewangan 2019, dengan mengambil kira situasi pasaran hartanah yang perlahan.

Selain usaha berterusan untuk mengurangk­an inventori, syarikat berkenaan akan terus melancarka­n pembanguna­n hartanah pada harga mampu milik dan sederhana, iaitu antara RM500,000 hingga RM800,000.

Selain itu, syarikat berkenaan juga menyasarka­n jualan belum dibilkan sebanyak RM2.0 bilion bagi 2019.

Amrin berkata, ekonomi negara sudah terbukti berdaya tahan dengan pertumbuha­n 4.7 peratus tahun lalu dan jangkaan pertumbuha­n lebih mapan pada 2019 akan memberi kesan positif terhadap sentimen pengguna, meskipun berlaku pelarasan berterusan dalam pasaran hartanah.

SDP mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM318.7 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2018, berbanding keuntungan bersih berjumlah RM559.77 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

 ??  ?? Serenia City, Selangor.
Serenia City, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia