Berita Harian

Pelabur keluar pasaran berisiko

-

Saham Asia dan pasaran saham di Wall Street menjadi negatif pada Rabu selepas Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di wilayahnya, menghantar pelabur keluar daripada pasaran lebih berisiko dan memilih kepada pilihan lebih konservati­f seperti yen.

Islamabad berkata, pada Rabu, Pakistan melancarka­n serangan udara di wilayah Kashmir yang dikuasai India, kata Mej Jen Asif Ghafoor, jurucakap tentera Pakistan.

Dolar kekal pada paras tiga minggu rendah, diberatkan dengan komen awal daripada Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed), Jerome Powell pada Selasa yang mengulangi kenyataan untuk menangguhk­an kenaikan kadar faedahnya.

Bon, saham dan rupee India semuanya dijual. Peningkata­n risiko geo politik menyerang sentimen yang lebih luas, memacu pelabur keluar dari saham dan memilih aset lebih selamat.

“Ia menunjukka­n satu risiko di Asia yang mungkin sedikit luar jangkaan sebelum ini,” kata Frank Benzimra, Ketua Strategi Ekuiti Asia, Societe Generale di Hong Kong.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun bertukar negatif dan susut hampir 0.2 pera- tus, selepas diniagakan di wilayah positif seharian.

Berita berkenaan turut memberatka­n pasaran Eropah, dengan niaga hadapan FTSE London dan DAX Frankfurt masing-masing jatuh 0.4 peratus.

Saham mewah China, CSI300 jatuh 0.2 peratus, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong, susut 0.1 peratus. Sementara bagi S&P 500 merosot 0.2 peratus.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Pasaran Wall Street turut terima kesan konflik Asia.
[ FOTO REUTERS ] Pasaran Wall Street turut terima kesan konflik Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia