Berita Harian

Penduduk mengeluh hasil jualan getah merosot

-

Alor Gajah: Hasil jualan getah beku penoreh merosot sehingga 50 peratus akibat cuaca panas di daerah ini sejak awal Januari lalu dan dijangka bertambah buruk selagi musim itu berpanjang­an.

Seorang penoreh, Abdul Rahman Bulat, 78, mampu memperoleh antara 40 hingga 50 kilogram (kg) getah beku bagi setiap 0.8 hektar kebun dengan empat hari torehan sebelum ini, namun kini merosot kepada kira-kira 25 kg.

“Musim panas menyebabka­n daun pokok getah gugur dan getah berkuranga­n tetapi saya perlu menoreh kerana ini saja punca rezeki. “Biasanya saya dapat pendapatan purata RM100 daripada hasil torehan, namun dengan keadaan cuaca seperti ini, RM50 pun susah dapat,” katanya ketika ditemui di kebun getahnya seluas 1.6 hektar di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, dekat sini, semalam.

Harga getah beku

Beliau berkata, pendapatan itu adalah berdasarka­n harga getah beku RM2 sekilo mengikut pasaran semasa dan keadaan bertambah teruk jika kadar itu terus merudum.

Jabatan Meteorolog­i merekodkan tiada hujan dijangka sepanjang minggu ini dengan suhu minimum 24 darjah Celsius dan maksimum 35 darjah Celsius di daerah itu.

Sulaiman Ahmad, 57, turut mengalami kemerosota­n jualan getah beku dan pendapatan berikutan keadaan cuaca, sekali gus membuat kerja sampingan menangkap ikan sungai.

“Saya mengambil upah menoreh getah milik penduduk kampung ini dan dengan kebun seluas 0.8 hektar, sukar untuk saya memastikan poket sentiasa ada wang mencukupi untuk belanja harian,” katanya.

 ?? [FOTO HASSAN OMAR /BH] ?? Abdul Rahman mengakui pendapatan­nya merosot berikutan harga getah menurun.
[FOTO HASSAN OMAR /BH] Abdul Rahman mengakui pendapatan­nya merosot berikutan harga getah menurun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia