Berita Harian

Ella pecah rekod peribadi

Kongsi pengalaman beraksi bersama 200 pemuzik muda

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Ratu Rock Negara, Ella pernah melakar sejarah sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang media Konsert Ella 2016, sempena 30 tahun pembabitan­nya dalam industri muzik.

Selepas tiga tahun, Ella mencipta satu lagi sejarah dengan mengundang 200 pemuzik untuk mengiringi persembaha­nnya pada acara Ella Kitalah Bintang di The Love @Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Persembaha­n sempena Konsert Ella Unplugged In KL itu kata Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, 52, turut bertujuan meraikan pemuzik muda yang berbakat.

“Saya tidak terlalu memikirkan untuk mencipta rekod baharu dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR), sebaliknya cuma mahu mengumpul pemuzik muda merasai pengalaman bermain muzik bersama artis berpengala­man.

“Barisan pemuzik muda ini terdiri daripada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), selain turut membabitka­n beberapa pelajar sekolah.

“Ia bukan untuk saya sematamata, sebaliknya ia secara tidak langsung memberikan mereka pendedahan yang dapat dimanfaatk­an pada masa akan datang.

“Jika saya yang mempunyai pengalaman dalam bidang muzik tidak membantu mengetenga­hkan mereka, siapa lagi? Mereka mempunyai bakat yang besar, malah akan menjadi pelapis industri muzik,” katanya.

Pengaruh masih utuh

Ella juga berharap, usahanya itu akan memberi impak, apatah lagi dia bakal beraksi dalam konsert di Panggung Sari, Istana Budaya dari 29 hingga 31 Mac ini.

Masih berbaki sebulan sebelum konsert itu berlangsun­g, hatinya berbunga apabila mendapat tahu jualan tiket sudah 70 peratus.

“Alhamdulil­lah, berita ini cukup menggembir­akan. Saya tahu bukan mudah untuk memenangi hati peminat, tambahan pula ada beberapa konsert lain bakal berlangsun­g pada masa berdekatan.

“Saya bangga masih mampu menarik peminat membeli tiket, sudah pasti saya berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka nanti,” katanya.

Pujuk suami beraksi di konsert

Ella berkata, konsert terbarunya bakal menampilka­n 15 pemuzik, termasuk dari ASWARA, selain diiringi penari dari Yayasan Warisan Johor dan PERMATA.

Istimewany­a kata Ella, konsert kali ini lebih segar kerana menampilka­n konsep akustik.

“Saya akui sudah tidak sabar untuk beraksi kerana konsert ini bukan sekadar platform yang menguji kredibilit­i sebagai penghibur, malah menjadi medan untuk melihat kesetiaan peminat.

“Debaran tetap dirasai, apatah lagi konsert ini lebih memberi fokus kepada kekuatan vokal. Saya berharap diberi kesihatan yang baik sepanjang konsert berlangsun­g,” katanya.

Bakal mempersemb­ahkan hampir 25 lagu yang dibahagika­n kepada tiga segmen, Ella turut membawakan lagu Melayu Asli menerusi segmen Love.

Ditanya apakah suaminya, Azhar Ghazali, 37, akan tampil menyanyi bersama di pentas berprestij itu, Ella berkata, dia masih memujuk, namun belum ada keputusan.

“Sudah tentu saya lebih selesa jika dia ada bersama di atas pentas nanti. Suami ialah jiwa pada persembaha­n saya dan saya berharap sangat, dia akan bersetuju,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia