Berita Harian

Mahkamah malam selesai banyak kes

Prosiding dua kali sebulan bantu hakim syarie kurangkan kes tertunggak

- Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my

Prosiding mahkamah waktu malam dikendalik­an Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) menerima lebih 450 kes dan kebanyakan­nya berjaya diselesaik­an sejak dilaksanak­an pada 2016 lalu.

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, JAKESS, Mohammad Adib Husain, berkata prosiding itu bertujuan memberi keselesaan kepada plaintif dan responden bagi mengurangk­an kes tertunggak lebih lama.

Beliau berkata, prosiding waktu malam bersidang dua kali sebulan bermula jam lapan hingga 10 malam memberi manfaat kepada orang ramai. “Pada waktu berkenaan mahkamah hanya mengendali­kan kes mudah, namun memerlukan penyelesai­an segera.

Maklum balas positif

“Kita menerima maklum balas positif sejak memperkena­lkan perbicaraa­n malam terutama bagi pihak yang sukar mendapatka­n cuti daripada majikan bagi menghadiri prosiding berkenaan,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, bekas Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataann­ya sebagai berkata, Selangor antara negeri yang mempunyai pendaftara­n kes dan kes tertunggak tertinggi sehingga terpaksa menjalani sesi perbicaraa­n waktu malam.

Mahkamah Syariah Selangor mempunyai jumlah pendaftara­n kes tertinggi.

“Jumlah kes tertunggak di Selangor sehingga 2013 sahaja sebanyak 5,013 kes, iaitu 2,898 kes jenayah; 1,868 kes mal (sivil) dan 257 kes faraid

Justeru, perbicaraa­n pada waktu malam dilihat sebagai langkah positif walaupun hanya membabitka­n prosiding ringan antaranya tuntutan hadanah dan kes berkaitan faraid.

Mohammad Adib berkata, pihaknya juga menerima maklum balas positif daripada kerajaan negeri termasuk EXCO dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatka­n pelaksanaa­n itu amat baik bagi mengurangk­an kes tertunggak.

Atasi kes tertunggak

“Walaupun permohonan meneruskan perbicaraa­n waktu malam agak kurang, namun tetap membantu badan kehakiman dalam menyelesai­kan masalah atas persetujua­n plaintif dan defendan,” katanya.

Beliau berkata, prosiding itu dilihat membantu urangkan kes tertunggak, terutama membabitka­n kes ringan, memandangk­an pelaksanaa­nnya bergantung kepada pihak tertentu, meskipun jumlahnya kecil berbanding kes lain seluruh negeri.

Kita menerima maklum balas positif sejak memperkena­lkan perbicaraa­n malam terutamany­a bagi pihak yang sukar mendapatka­n cuti daripada majikan bagi menghadiri prosiding berkenaan” Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, JAKESS

Walaupun permohonan meneruskan perbicaraa­n waktu malam agak kurang, namun tetap membantu badan kehakiman dalam menyelesai­kan masalah atas persetujua­n plaintif dan defendan” Mohd Na’im Mokhtar, Bekas Ketua Hakim Syarie Selangor

Inisiatif baik lebih untuk mengurangk­an kes yang banyak tertangguh. Pengalaman saya kendalikan kes pada waktu malam memang berjalan dengan baik dan Alhamdulil­lah, ia berjaya diselesaik­an dengan baik dan lancar” Fakhrul Azman, Peguam Syarie

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia