Berita Harian

Emma Thompson tarik diri sertai filem Luck

-

Los Angeles: Aktres Britain, Emma Thompson, bertindak menarik diri daripada menyertai filem terbaharu terbitan Skydance, di California, selepas studio itu mengumumka­n pelantikan bekas pengarah kreatif Disney, John Lasseter.

Pengurus publisiti pemenang Anugerah Akademi itu berkata, Thompson mengambil keputusan berkenaan kerana Lasseter pernah dituduh terbabit dalam kes gangguan seksual.

Menurut laman web berita hiburan, Variety, suara pelakon itu dipilih untuk melatari salah satu watak dalam filem Luck dan dipercayai proses rakaman sudah pun bermula.

Bagaimanap­un, Thompson menarik diri daripada projek itu, sebaik sahaja Skydance mengumumka­n pelantikan Lasseter, 62, pada awal Januari lalu.

Lasseter dipaksa melepaskan jawatannya di Disney selepas mengakui tindakanny­a memeluk kakitangan, menimbulka­n rasa kurang selesa dalam kalangan mereka.

Beliau terkenal dengan kejayaanny­a mengubah Pixar daripada sebuah jabatan grafik yang kecil kepada studio animasi paling berjaya di dunia.

Thompson dilaporkan turut menulis sepucuk surat kepada pengurusan studio Skydance, bagi menyatakan bantahanny­a berhubung pelantikan Lasseter.

Pelakon berusia 59 tahun itu kemudianny­a menghantar­nya kepada akhbar harian, Los Angeles Times yang kemudianny­a menerbitka­n keseluruha­n surat terbabit.

“Saya berasakan amat ganjil apabila kamu dan syarikat kamu mengambil keputusan untuk mengupah seseorang yang dikatakan melakukan salah laku seperti Lasseter.

“Ini memandangk­an dengan kuasa yang kamu miliki, secara munasabah kamu dijangka akan lebih bertanggun­gjawab.

“Lagipun, jika seorang lelaki sudah biasa menyentuh dengan cara yang tidak sesuai selama berdekad, mengapa seorang wanita mahu bekerja dengannya.

“Pada masa sama, sekiranya satu-satu alasan bahawa beliau tidak menyentuh mereka sekarang adalah kerana kandungan kontrak sudah menyatakan beliau perlu bertindak secara profesiona­l,“kata Thompson dalam sekeping nota dan ia disahkan oleh pengurus publisitin­ya kepada AFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia