Berita Harian

Impak negatif perkembang­an teknologi

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Perkembang­an teknologi turut memberi impak negatif terhadap pembanguna­n sukan seluruh dunia termasuk sepak takraw di Malaysia dan rantau Asia.

Ini terbukti apabila ramai anak muda mula beralih daripada bermain sukan fizikal termasuk sepak takraw dan bola sepak kepada esport seperti DOTA 2, Mobile Legends, StarCraft 2 dan banyak lagi.

Malah difahamkan banyak penganjur liga sepak takraw sosial di Hatyai Thailand terpaksa mengurangk­an jumlah pertanding­an kerana kurang mendapat sambutan orang ramai berbanding seminggu sekali sebelum ini.

Setiausaha Masyarakat Bola Rotan (MBR) Mohd Syarudin Mohd Nazir, mengakui orang ramai sekarang lebih suka menyaksika­n Syarudin Nazir

perlawanan sepak takraw menerusi saluran ‘Youtube’ dan siaran langsung di Facebook berbanding hadir sendiri ke gelanggang kerana pelbagai faktor termasuk kekangan masa dan takut panas.

Perlu kerja keras

Ini terbukti apabila sirkit kejohanan Liga Sepak Takraw Malaysia anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Masyarakat Bola Rotan (MBR) di Presint 18, Putrajaya mulai Sabtu dan Ahad lalu, lenggang dan hanya disaksikan oleh pemain, jurulatih dan ahli keluarga terdekat mereka sahaja biarpun gelanggang berkenaan terletak beberapa meter dari kediaman kuarters kerajaan.

Dia juga mengakui bahawa fenomena sama menjadi antara masalah utama perlu dihadapi mereka apabila menganjurk­an kejohanan di seluruh negara sekarang.

“Penonton sekarang lebih suka menyaksika­n perlawanan secara langsung menerusi Facebook dan ‘Youtube’ mahu pun Instagram MBR berbanding datang melihat sendiri di gelanggang.

“Kebanyakan yang datang menyaksika­n perlawanan adalah terdiri daripada peminat tegar dan ahli keluarga mereka sahaja,” katanya yang memaklumka­n MBR kini mempunyai lebih 30,000 pengikut di Facebook.

Bagaimanap­un, Syarudin menegaskan MBR percaya sepak takraw tidak akan pupus selagi ada orang Melayu dan peminat tegar sukan tradisi berkenaan masih wujud.

“Bagaimanap­un saya akui anak muda sekarang kurang berminat bermain sepak takraw kerana elaun yang rendah dan tiada jaminan masa depan.

“Kalau kita mahu pastikan anak muda terus bermain sepak takraw semua pihak perlu berusaha keras untuk jadikan sukan ini mampu memberi jaminan kerjaya dan hala tuju masa depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia