Berita Harian

Udang galah mampu tembusi pasaran luar

Penternak diminta patuhi pensijilan MYGAP hasilkan produk berkualiti

- Oleh Melvin Joni

Udang galah diyakini bakal menjadi satu lagi hasil pertanian Sarawak yang berpotensi bukan sahaja untuk memenuhi permintaan dalam negara malah menembusi pasaran antarabang­sa.

Keyakinan itu berasaskan komitmen tinggi kerajaan negeri Sarawak terhadap sektor penternaka­n udang galah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan itu.

Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi menjamin hasil yang berkualiti dan dijamin keselamata­nnya, penternak udang galah diarah memastikan Amalan Pertanian Terbaik Malaysia (MYGAP) menjadi keutamaan.

Beliau berkata, pensijilan MYGAP penting untuk memastikan hasil yang dikeluarka­n terjamin dan tidak memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

“Sistem yang baik akan menjamin kualiti produk dihasilkan agar mampu bersaing dengan negara pengeluar lain pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke ladang perintis ternakan udang galah dalam sangkar yang pertama di Sarawak, yang diusahakan oleh Borneo Eco Fish Sdn Bhd, di sini, semalam.

Melihat sendiri uji kaji

Yang turut hadir, Menteri Muda Industri dan Pelaburan, Malcolm Mussen Lamoh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perikanan Darat, Awang Alim Awang Kassim dan Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman, Mohktar Ali.

Lawatan itu beliau lakukan untuk melihat sendiri uji kaji yang dijalankan syarikat terbabit dengan kerjasama Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak dengan benih udang galah dibekalkan oleh Stesen Perikanan Darat di Sematan.

Pada lawatan berkenaan, Abdul Rahman turut melepaskan 30,000 benih udang galah ke dalam sangkar nurseri Borneo Eco Fish Sdn Bhd.

Selain lawatan ke sangkar ternakan udang galah, beliau turut melawat ladang ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan oleh Law Kung Meng, yang menternak pelbagai spesies ikan air tawar popular antaranya tilapia merah, jelawat, tengadak dan patin.

 ?? [FOTO MELVIN JONI/BH] ?? Abdul Rahman Ismail (tiga dari kanan), Malcolm (dua dari kanan), Awang Alim A (dua dari kiri) dan Tiong Kong (tiga dari kiri) melepas benih udang galah ke dalam sangkar di nurseri Borneo Eco Fish Sdn Bhd di Sri Aman.
[FOTO MELVIN JONI/BH] Abdul Rahman Ismail (tiga dari kanan), Malcolm (dua dari kanan), Awang Alim A (dua dari kiri) dan Tiong Kong (tiga dari kiri) melepas benih udang galah ke dalam sangkar di nurseri Borneo Eco Fish Sdn Bhd di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia