Berita Harian

PENAMAAN CALON 30 MAC, MENGUNDI 13 APRIL

Penamaan calon 30 Mac, undi awal 9 April, mengundi 13 April

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan akan diadakan pada 13 April ini.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac manakala 9 April adalah tarikh mengundi awal.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, mengumumka­n tarikh berkenaan pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK DUN Rantau di ibu pejabat SPR di sini, semalam.

Azhar berkata, pihaknya akan menggunaka­n Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 25 Februari lalu, mengandung­i 20,926 pemilih berdaftar.

“Jumlah itu merangkumi 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara,” katanya.

515 petugas dilantik

Beliau berkata, SPR akan menggunaka­n Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi.

Katanya, Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Urus, dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau dengan dibantu empat Penolong Pegawai Pengurus.

“Seramai 515 petugas dilantik mengendali­kan proses PRK ini, manakala 55 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

“SPR bersetuju menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Azhar berkata, PRK DUN Rantau dianggar membabitka­n peruntukan berjumlah RM1.8 juta dan SPR menyasarka­n 70 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungja­wab.

“SPR akan meneruskan penambahba­ikan termasuk menyediaka­n dua saluran khusus bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas di setiap Pusat Mengundi.

“Selain itu, sebanyak 11 saluran baharu ditambah bagi mengelak jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran, menjadikan­nya 55 saluran berbanding 44 saluran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan mengundi di Saluran Satu dan pada PRK ini, seramai 541 pengundi OKU dikenal pasti,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azhar berkata, sejumlah RM15.3 juta dibelanjak­an untuk tujuh PRK yang diadakan selepas PRU-14.

Mengulas tindakan parti politik yang kerap melakukan kesalahan

SPR bersetuju menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen” Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

pilihan raya termasuk mendirikan barung di luar pusat mengundi, beliau berkata, SPR akan memantau perkara itu supaya tidak berulang pada PRK DUN Rantau.

“Kita perlu beri masa sebab sudah lama pematuhan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak begitu dipantau. Kita bermula di PRK Parlimen Port Dickson dan Cameron Highlands, maka kita perlu masa,” katanya.

Tolak petisyen

PRK DUN Rantau diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 18 Februari lalu menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban, 16 November tahun lalu.

Keputusan itu mengisytih­arkan kemenangan Mohamad bagi DUN Rantau pada PRU-14 terbatal dan tidak sah.

Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Azhar Azizan bersama Mohd Nizam melihat peta kawasan pada sidang media PRK DUN Rantau, di Putrajaya.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Azhar Azizan bersama Mohd Nizam melihat peta kawasan pada sidang media PRK DUN Rantau, di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia