Berita Harian

Cebisan mayat budak dalam gaung

Mayat ditemui dalam gaung di tepi Jalan Gunung Raya

- Oleh Suzalina Halid, Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkifli

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya pada Ahad lalu, ditemui dalam keadaan tragis apabila mayatnya hanya tinggal tengkorak dan cebisan rambut, dalam gaung di tepi Jalan Gunung Raya di sini, semalam.

Bagaimanap­un, tiada bahagian anggota badan Nur Aisyah Aleya Abdullah, yang dipercayai dibunuh, ditemui bersama tengkorak, kira-kira jam 11 pagi dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter oleh Unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik Polis.

Walaupun mangsa dipercayai dibunuh pada 16 Februari lalu, laporan kehilangan mangsa hanya dibuat oleh Rosmaliah Samo, 31, jam 12.08 tengah malam Ahad lalu.

Wanita warga Indonesia membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan anaknya setelah gagal menemui pasangan suami isteri yang menjaga anaknya di kediaman mereka di Kuarters Kakitangan Hospital Langkawi.

Wanita itu yang bekerja sebagai pembantu restoran di Padang Mat Sirat di sini, meninggalk­an anaknya untuk dijaga pasangan terbabit kerana dia pernah tinggal bersama keluarga itu sebelum ini.

Berikutan kejadian itu, lelaki terbabit yang berusia 37 tahun dan isterinya berusia 40 tahun, jururawat di Hospital Langkawi, ditahan ketika bersembuny­i di Taman Melati, Ampang, Selangor, semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan pasangan suami isteri itu pada jam 4 petang kelmarin.

Katanya, suspek lelaki itu kemudian membawa polis ke satu lokasi di Jalan Gunung Raya, sebelum menunjukka­n tempat mayat kanak-kanak itu diletakkan, semalam.

Mayat tidak lengkap

“Kami hanya menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut... tiada bahagian anggota lain ditemui, berkemungk­inan dimakan atau dibawa lari binatang buas, atau dipercayai sudah mereput.

“Mayat lengkap memang tak ada... cuma tinggal bahagian kepala sahaja,” katanya pada sidang media di lokasi semalam.

Mohd Iqbal berkata, pasangan suspek itu mendakwa kanak-kanak itu mengalami sawan ketika berada di rumah mereka di sini sebelum berlaku sedikit pertengkar­an antara mereka dalam tempoh itu.

Katanya, ketika pertengkar­an itu, suspek lelaki terbabit dikatakan bertindak luar jangka.

“Dalam situasi nak pujuk kanakkanak itu, dia telah tepuk beberapa kali kanak-kanak itu dan seterusnya (mangsa) tidak sedarkan diri.

"Suspek lelaki membawa mayat kanak-kanak itu ke kaki Gunung Raya untuk dibuang. Suspek memberitah­u dia memasukkan mayat kanak-kanak itu dalam sebuah beg kemudian dibawa menggunaka­n kereta ke lokasi sebelum dikeluarka­n dan diletakkan dalam gaung,” katanya.

Beliau berkata cebisan mayat itu ditemui pada kedudukan berbeza daripada yang dikatakan lelaki terbabit.

Katanya, beg yang digunakan untuk mengisi mayat itu dipercayai dibuang di lokasi lain dan polis akan menyiasat lokasi tempat beg itu dikatakan dibuang.

Pasangan itu yang mempunyai empat anak, juga dikatakan membuat pertukaran sekolah anak mereka ke Johor dan menggunaka­n perkhidmat­an syarikat pengangkut­an bagi memindahka­n barangan pada Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis juga akan memanggil ibu mangsa untuk jalani ujian DNA.

 ?? [ FOTO ZULIATY ZULKIFFLI / BH ] ?? Rosmaliah Samo menunjukka­n gambar anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai dibunuh dan tengkorak serta rambutnya ditemui di kawasan semak di Gunung Raya. (Gambar kiri) lokasi penemuan mayat Nur Aisyah Aleya.
[ FOTO ZULIATY ZULKIFFLI / BH ] Rosmaliah Samo menunjukka­n gambar anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai dibunuh dan tengkorak serta rambutnya ditemui di kawasan semak di Gunung Raya. (Gambar kiri) lokasi penemuan mayat Nur Aisyah Aleya.
 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anggota polis membawa keluar kedua-dua suspek selepas menyelesai­kan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak di Kuarters Hospital Langkawi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Anggota polis membawa keluar kedua-dua suspek selepas menyelesai­kan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak di Kuarters Hospital Langkawi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia