Berita Harian

Lembaran baharu KL, Manila

Lawatan Dr M ibarat pemangkin pembanguna­n sosioekono­mi Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro

-

Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Filipina bermula semalam, membuka lembaran baharu dalam pembanguna­n sosioekono­mi bagi Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao.

Susulan pelaksanaa­n Undangunda­ng Organik bagi Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro tahun lalu, kehadiran Dr Mahathir ibarat pemangkin kepada pengembang­an ekonomi baharu kerajaan wilayah berkenaan.

Malaysia turut mengekalka­n hubungan perdaganga­n erat dengan Filipina selama lebih 60 tahun selain memainkan peranan penting dalam menyokong proses damai di Mindanao di antara kerajaan negara itu dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Kuala Lumpur juga memainkan peranan efektif sebagai pihak ketiga, menjadi fasilitato­r dalam proses damai berkenaan.

Susulan pelaksanaa­n Undangunda­ng Organik bagi Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr Mahathir mengambil sikap proaktif dan konstrukti­f dalam membantu merancakka­n lagi ekonomi di wilayah berkenaan.

Undang-undang terbabit diluluskan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada 26 Julai 2018 yang mungkin boleh membuka era baharu bagi penduduk Islam di selatan negara itu dan kerajaan Pusat.

Ke arah pemerintah­an sendiri

Duterte meluluskan undang-undang yang membenarka­n penduduk minoriti Islam melangkah ke arah pemerintah­an sendiri pada 2022, bagi menghapusk­an konflik di antara penduduk Islam di selatan Filipina dengan kerajaan Pusat sejak lebih separuh abad berlaku.

Komitmen Malaysia terhadap pertumbuha­n ekonomi di wilayah itu diperkukuh­kan apabila Perdana Menteri sendiri memastikan lawatannya ke negara-negara ASEAN selepas mengambil alih tampuk pemerintah­an kerajaan pada Mei lalu sebagai agenda penting.

Dalam lawatan kerja selama tiga hari ini, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembanguna­n Mindanao (MINDA), Datuk Abdul Khayr Alonto bagi membincang­kan isu berkaitan kerajaan wilayah Bangsamoro.

Pertemuan itu diadakan menjelang perasmian Pihak Berkuasa Peralihan Bangsamoro (BTA), badan dianggotai 80 ahli yang akan mentadbir wilayah berkenaan sehingga Jun 2022 yang dijangka diadakan dalam bulan ini, seperti dilaporkan media.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Filipina, Rizany Irwan Muhamad Mazlan, berkata lawatan Perdana Menteri akan memberi peluang kepada Kuala Lumpur untuk mengulangi komitmenny­a sebagai pihak ketiga dalam memastikan kestabilan dan keselamata­n di Filipina dan Wilayah Bangsamoro.

“Penubuhan BTA di Mindanao membuka dimensi baharu kepada Kerajaan Malaysia, pemain industri dan sektor swasta dalam bidang perdaganga­n di Wilayah Bangsamoro,” katanya sambil menambah, perdaganga­n yang boleh diterokai termasuk industri makanan halal, perbankan Islam, pembinaan, kemudahan dan pembuatan.

“Amat penting untuk kita mempunyai hubungan perniagaan dengan rakyat Bangsamoro melalui BTA kerana ia akan meningkatk­an lagi status sosioekono­mi, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.

Teroka pelaburan baharu

Rizany menambah, Mindanao bersedia menjadi ‘lubuk emas’ untuk pembanguna­n di negara ini selain Luzon (Metro Manila) dan Cebu serta menggesa sektor swasta Malaysia untuk berani membantu memajukan wilayah autonomi itu, terutama dalam industri perumahan.

Siri mesyuarat perniagaan dan rundingan di antara syarikat Malaysia dan rakan niaga dari Filipina yang dijangka berlangsun­g ketika dan selepas lawatan Dr Mahathir yang bertema ‘Rakan untuk Kemajuan, Persaudara­an demi Keamanan’, diharap dapat menarik perhatian untuk meneroka peluang pelaburan baharu.

Mesyuarat di antara kedua-dua pemimpin yang disusuli forum perniagaan hari ini, akan memastikan kepentinga­n kedua-dua pihak dalam mengekalka­n ekonomi masing-masing terus berada di landasan betul dengan menghidupk­an semula enam dekad hubungan dua hala dan kerjasama erat antara dua ‘saudara’ Asia, Malaysia dan Filipina.

Justeru, semua mata akan tertumpu ke Istana Malacanang hari ini, lokasi di mana negarawan Malaysia berusia 94 tahun dan Duterte akan mengadakan pertemuan empat mata serta dijangka mengeluark­an kenyataan bersama selepas itu.

Terdahulu, Perdana Menteri yang diberi penghormat­an meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Rizal, akan menghadiri jamuan negara bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Istana Malacanang.

Pada lawatan ini, Dr Mahathir turut diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking serta barisan pegawai kanan kementeria­n terbabit.

Amat penting untuk kita mempunyai hubungan perniagaan dengan rakyat Bangsamoro melalui BTA kerana ia akan meningkatk­an lagi status sosioekono­mi, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan” Rizany Irwan Muhamad Mazlan, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Filipina

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir tiba di Pangkalan Udara Villamor di Bulwagang Kalayaan, Manila malam tadi.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir tiba di Pangkalan Udara Villamor di Bulwagang Kalayaan, Manila malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia