Berita Harian

Kerajaan Persekutua­n tak anaktirika­n Kelantan

-

Kota Bharu: Kerajaan Persekutua­n tidak menganakti­rikan Kelantan dan akan menyegerak­an projek pembanguna­n infrastruk­tur yang sudah diluluskan sebelum ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau akan mempengeru­sikan mesyuarat pertama bersama kerajaan negeri esok bagi tujuan berkenaan, sekali gus memperkuku­hkan semangat federalism­e di antara Kerajaan Persekutua­n dan negeri.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) sama sekali tidak akan meminggirk­an Kelantan dalam mengecapi nikmat pembanguna­n seperti dinikmati negeri lain.

Beliau juga yakin beberapa agenda akan dapat dirangka untuk Kelantan menarik pelabur dalam tempoh terdekat yang akhirnya akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

“Ini dasar baharu Kerajaan Persekutua­n diterajui PH yang tidak akan menganakti­rikan mana-mana negeri termasuk Kelantan. Kerajaan Pusat akan melaksanak­an pembanguna­n di Kelantan untuk menarik pelabur datang ke negeri ini.

Kerjasama realisasi kemajuan

“Apa yang penting adalah semangat kerjasama di antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri akan dapat merealisas­ikan hasrat untuk membawa kemajuan kepada Kelantan nanti. Kedatangan pelabur akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian selepas majlis jamuan teh bersama pimpinan parti itu di negeri ini yang turut dihadiri Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor, di sini semalam.

Hari ini, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNG) Kelantan akan mempengeru­sikan mesyuarat majlis berkenaan dan akan membentang­kan beberapa kertas cadangan serta pelaksanaa­n program pembanguna­n ekonomi negeri ini.

Sementara itu, beliau juga mengharapk­an anak Kelantan yang berjaya di luar negeri agar dapat membantu menyumbang kepada pembanguna­n negeri.

“Orang Kelantan mempunyai potensi besar apatah lagi mereka adalah orang yang berjaya di luar Kelantan. Kita mengharapk­an apabila mereka pulang, mereka akan dapat menyumbang pula idea untuk pembanguna­n negeri,” katanya.

Kerajaan Pusat akan melaksanak­an pembanguna­n di Kelantan untuk menarik pelabur datang ke negeri ini” Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia