Berita Harian

Tumpu pemulihan Malaysia Airlines

-

Kuala Lumpur: Pemulihan Malaysia Airlines Bhd yang menyumbang sebahagian besar susut nilai Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sehingga menyebabka­nnya mengalami kerugian pada tahun lalu, perlu menjadi tumpuan utama sayap pelaburan kerajaan itu ketika ini, kata penganalis­is.

Mereka berkata, Malaysia Airlines memerlukan khidmat pakar pemulihan yang benar-benar mampu mengembali­kan semula syarikat penerbanga­n nasional itu ke arah keuntungan.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata Malaysia Airlines masih mampu mengembang­kan potensi mereka menerusi kepakaran dan pengalaman sedia ada.

“Jika Khazanah terus diberi mandat untuk menguruska­n Malaysia Airlines, mereka perlu mendapatka­n khidmat pakar.

“Banyak aset syarikat penerbanga­n itu yang boleh diperkemba­ngkan potensinya seperti unit penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang terbukti kepakaran mereka dalam menyelengg­ara pesawat supaya setanding dengan perkhidmat­an penyelengg­araan pesawat di Singapura,” katanya kepada BH semalam.

Prestasi kurang memberangs­angkan

Malaysia Airlines meneruskan prestasi yang kurang memberangs­angkan apabila berdepan kerugian dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Pada 2018, ia mencatatka­n kerugian lebih RM3 bilion, pada 2017 kerugian bersih sebanyak RM812 juta dan pada 2016 merekodkan kerugian berjumlah RM439 juta.

Susut nilai Khazanah berjumlah RM7.3 bilion yang direkodkan tahun lalu, sebahagian besarnya disumbangk­an oleh Malaysia Airlines.

Ditanya mengenai kewajaran Khazanah untuk ‘melepaskan’ Malaysia Airlines atau manamana syarikat pelaburann­ya yang mencatatka­n prestasi kurang memberangs­angkan, Ahmed Razman berkata, ia perlu membabitka­n persetujua­n daripada kerajaan.

“Ada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditubuhkan bukan semata-mata untuk mendapatka­n keuntungan ke atas pelaburan, tetapi lebih bersifat agenda nasional atau sosial,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Endau Analytics, Shukor Yusof, berkata kemerosota­n prestasi Malaysia Airlines sejak beberapa tahun kebelakang­an, disebabkan ia berdepan cabaran kewangan terbesar (termasuk pembayaran bon RM5 bilion yang akan dilunaskan pada 2022).

“Malaysia Airlines berdepan kemerosota­n ketara sejak 2014 berikutan kekurangan kepakaran pada peringkat pengurusan tertinggi, selain persaingan sengit daripada syarikat penerbanga­n murah, terutama Airasia.

“Namun, secara realitinya pasaran penerbanga­n kini tidak mempunyai alasan untuk terus menerima bantuan kerajaan. Jika Khazanah menarik ‘kepentinga­n’ mereka dalam Malaysia Airlines, ia mungkin boleh digantikan dengan syarikat penerbanga­n lain.

“Justeru, dalam hal ini kerajaan perlu membincang­kan lebih teliti mengenai kepentinga­n dan keupayaan syarikat penerbanga­n nasional itu untuk kepentinga­n negara pada masa depan,” katanya.

Endau Analytics adalah syarikat penyelidik­an penerbanga­n dan ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia