Berita Harian

Ambil semula pajakan aset tanah, kilang daripada FGV

-

Keroh: FELDA disaran mengambil semula pajakan aset tanah seluas 320 hektar bersama 68 kilang daripada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengatasi masalah aliran tunai dan beban hutang tinggi ditanggung agensi itu.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Datuk Mazlan Aliman, berkata FELDA boleh berbuat demikian selaku pemegang saham terbesar dalam FGV sebanyak 34 peratus.

Katanya, aset tanah berkenaan dianggar bernilai RM2.5 bilion, manakala operasi 68 kilang sawit pula mampu menjana pendapatan tahunan RM1 bilion.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) percaya pengambila­lihan itu akan membolehka­n FELDA memulihkan semula prestasi aliran tunai serta menyusun semula aset dan sumber tanpa perlu membuat sebarang pinjaman baharu.

“Apabila pengambila­lihan ini dibuat, kita percaya pendapatan FELDA daripada tanaman sawit yang dianggarka­n bernilai RM1 bilion setahun dapat membantu pelan pemulihann­ya, seterusnya dapat membela nasib kira-kira 112,635 peneroka.

“Dengan harga saham (FGV) yang rendah ketika ini, adalah lebih baik ambil alih semula (aset tanah dan kilang). Soalnya, golden share (kuasa veto) ada pada Kerajaan Pusat, sama ada mereka bersetuju atau tidak (ambil alih aset FGV) tanpa perlu membuat pinjaman baharu,” katanya.

Syor kerajaan suntik RM7 bilion

Beliau yang ditemui media selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Adly Zahari bersama pegawai LPP di sini semalam, mengulas saranan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Yusof Noor supaya kerajaan menyuntik RM7 bilion untuk memulihkan FELDA yang kini menghadapi masalah aliran tunai dan bebanan hutang yang tinggi.

Yusof yang menerajui FELDA dari 2001 hingga 2010 dipetik berkata, modal sebanyak itu akan dapat memulihkan FELDA agar kembali kukuh seperti zaman kegemilang­annya yang mempunyai aliran tunai antara RM2.5 bilion hingga RM5 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pembentang­an Kertas Putih berhubung isu FELDA pada sidang Parlimen akan datang diharap turut membangkit­kan isu penyelewen­gan dan ketirisan dalam agensi itu.

“Daripada Kertas Putih ini, ada dua isu yang kita bangkitkan, iaitu pertama mengenai dakwaan pengelewen­gan dan ketirisan di dalam FELDA. Kedua, apakah pelan pemulihan ke atas FELDA kerana kita tahu jumlah sebenar hutang FELDA dianggarka­n RM8 bilion.

“Melalui pelan pemulihan, baru langkahlan­gkah dapat dibuat kerajaan, termasuk melihat semula aset FELDA yang secara umumnya dianggarka­n RM20 bililion. Apabila dua isu ini ditangani, kita yakin dalam tempoh lima tahun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat memulihkan semula FELDA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia