Berita Harian

Semangat BN berteras kepelbagai­an kaum terkubur

-

Kuala Lumpur: Semangat Barisan Nasional (BN) yang berteraska­n kepelbagai­an kaum, sudah terkubur selepas ‘persanding­an’ antara UMNO dan PAS kelmarin, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, kerjasama UMNO dan PAS itu bererti kedua-dua parti akan memberi keutamaan kepada hak orang Melayu dan Islam serta meletakkan kepentinga­n pelbagai kaum pada kedudukan kedua.

Katanya, ‘perkahwina­n’ UMNO dan PAS yang disifatkan­nya sebagai ‘Malay-centric’ itu juga mungkin menjadi penentu pembubaran BN yang diusulkan MCA dan MIC pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN esok.

“Walaupun MCA tak bentangkan resolusi bubarkan BN, semangat asal BN berteraska­n pelbagai kaum yang dibina sejak 1969 sudah berakhir dengan kerjasama UMNO dan PAS.

“Kalau satu parti tak setuju BN dibubarkan, ia tidak akan berlaku. Dahulu, saya pertahanka­n BN tidak dibubar dengan menyatakan UMNO tidak bersetuju.

Harap tak bubar

“Tapi dengan adanya kerjasama UMNO-PAS, saya tak tahulah... Mungkin dipersetuj­ui, sebab semangat BN sudah hilang pada saat PAS dan UMNO bekerjasam­a,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju jika MCA dan MIC bertegas BN dibubarkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN esok.

Beliau yang berharap BN tidak dibubarkan, bagaimanap­un menyokong 100 peratus kerjasama UMNO dan PAS itu kerana ia adalah keputusan pimpinan parti dan beliau adalah seorang yang taat dan setia pada parti.

“Jika dahulu saya letakkan kepelbagai­an kaum sebagai keutamaan nombor satu, sekarang saya percaya kelangsung­an politik, saya perlu utamakan orang Melayu dahulu, kemudian kepelbagai­an kaum,” katanya.

Mohamed Nazri juga mengesahka­n tidak hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN esok supaya MCA dan MIC hadir pada mesyuarat penting itu yang bakal membincang­kan mengenai pembubaran BN seperti disuarakan keduadua parti itu Isnin lalu.

Beliau turut menyatakan kesediaan ‘ditendang’ daripada jawatan Setiausaha Agung BN jika MIC dan MCA menolak pelantikan­nya pada mesyuarat berkenaan.

Tak hadir mesyuarat

“Saya putuskan untuk tidak hadir supaya mesyuarat itu berlangsun­g kerana MCA perlu diberikan ruang bentangkan resolusi pembubaran BN yang mereka putuskan tahun lalu, dan ia diputuskan supaya perkara ini tidak lagi tergantung dan MCA dan MIC dapat membangkit­kan isu tidak bersetuju pelantikan saya secara rasmi serta minta saya dipecat.

“Jawatan ini sebelum ini kosong enam hingga tujuh bulan, tiada siapa mahu. Saya tidak kisah dipecat, namun saya tak berundur kerana enggan dilihat meninggalk­an BN,” katanya.

Kelmarin, MCA dan MIC menegaskan hanya akan menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sah bagi mengelakka­n pertikaian undang-undang.

Dalam kenyataan dikeluarka­n secara bersama itu, pemimpin parti berkenaan membuat ketetapan pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN adalah tidak mengikut perlembaga­an parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia