Berita Harian

Ahli PKR diingat tak timbulkan konflik pemilihan calon

-

Seremban: Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengingatk­an ahli parti supaya tidak menimbulka­n konflik berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini.

Beliau berkata, pimpinan parti akan memilih calon terbaik yang dapat memastikan kemenangan parti.

“Saya harap ahli bertenang dan memahami kesukaran dihadapi pemimpin dalam membuat keputusan.

“Ia tidak mudah tetapi saya berharap semua ahli dapat bersatu dan bersabar," katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n dokumen pemilikan rumah kepada 11 penerima rumah mampu milik di sini, semalam.

Aminuddin yang juga pengerusi PH negeri mengakui, PRK bukan mudah untuk PKR dan PH, namun akan tetap memberi saingan sengit.

“Memilih calon yang disukai tidak menjamin kemenangan, namun kita akan memastikan pandangan daripada akar umbi diambil kira,” katanya.

PAS, UMNO gabung jentera Kuala Lumpur,

Di PAS akan menggabung­kan jentera dengan UMNO bagi menghadapi PRK Rantau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata langkah itu bagi memastikan gerak kerja kedua-dua parti berjalan lancar dan berkesan.

“PAS akan memastikan calon UMNO memenangi dan mengekalka­n kerusi DUN Rantau.

“Perkara ini adalah langkah mandatori PAS selaras ta’awun siyasi yang dimeterai PAS dan UMNO semalam (kelmarin).

“PAS akan menggabung­kan jentera PAS di peringkat kawasan Rantau dan Negeri Sembilan dengan jentera pilihan raya UMNO bagi memastikan gerak kerja kedua-dua parti berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, PAS dan UMNO secara rasmi mengadakan mesyuarat kepemimpin­an tertinggi kedua-dua parti itu dan setuju bekerjasam­a sebagai pembangkan­g yang antara lain menumpukan kerjasama menghadapi PRK Rantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia