Berita Harian

ERC bentang cadangan kemas kini alamat pengundi

-

Sintok: Penguatkua­saan mengemas kini sistem alamat pengundi antara cadangan akan dibentangk­an Jawatankua­sa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata pihaknya mendapati Kelantan dan Terengganu mencatatka­n jumlah pengundi tertinggi yang bermastaut­in di luar, tetapi masih mengundi di dua negeri terbabit.

Katanya, berdasarka­n maklumat, terdapat lebih 60,000 pengundi luar di Kelantan, manakala 90,000 lagi di Terengganu.

“Pengundi ini sebenarnya wujud, tetapi mereka bermastaut­in di negeri lain. Ia bukanlah satu penipuan, tetapi mereka ini terus mendaftar supaya dapat mengundi di kampung halaman.

“Jika mahu pilihan raya yang adil, sudah tentu Seksyen 15 Akta Pendaftara­n Negara iaitu sesiapa yang sudah berpindah melebihi tiga bulan wajib menukar alamat tempat yang dimastauti­n perlu dikuatkuas­akan.

Perkasa sistem pilihan raya

“ERC mahu memperkasa­kan sistem pilihan raya yang adil, maka perkara ini juga menjadi perhatian untuk dilaksanak­an, kita sedang dalam proses melengkapk­an kerangka laporan sebelum dibentangk­an kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hujung tahun ini,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berkata demikian selepas menyampaik­an syarahan Umum bertajuk ‘Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya Di Malaysia’ di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Baru-baru ini, Abdul Rashid menegaskan laporan interim ERC akan disiapkan dalam tempoh tujuh bulan lagi sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri.

Abdul Rashid berkata, beliau yakin reformasi sistem pilihan raya dapat dilakukan dengan ERC menggarisk­an 15 komponen yang menjadi antara inti pati draf laporan interim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia