Berita Harian

‘Alvin Chow’ ditahan

Suspek turut dikesan miliki empat rekod jenayah lampau, dikehendak­i polis

- Oleh Safeek Affendy Razali

Polis menahan seorang lelaki menggunaka­n nama ‘Alvin Chow’ dalam laman media sosial miliknya yang dikesan menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan berdasarka­n maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.

“Suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, dikehendak­i polis susulan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda. Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh, suspek yang melakukan komen jelik itu melalui akaun Twitter miliknya, turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta dikehendak­i polis.

Terdahulu pada Ahad dan Isnin lalu, polis menahan tiga lelaki atas kesalahan sama selepas dikesan membuat komen jelik terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebook (FB) serta Twitter masing-masing.

Suspek pertama, lelaki berusia 29 tahun yang menggunaka­n nama ‘Bakakuk’ dalam akaun media sosial miliknya ditahan di Labuan, Sabah, manakala suspek kedua, lelaki berusia 22 tahun menggunaka­n akaun FB di bawah nama ‘Ayea Yea’, ditahan di Bau, Sarawak.

Suspek ketiga pula, juga lelaki berusia 52 tahun menggunaka­n nama ‘Yazid Kong’ dalam akaun FB miliknya, ditahan dalam serbuan ke satu lokasi di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Siasatan kes berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman dan disiasat mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehingga kelmarin, polis sudah menerima 929 laporan di seluruh negara berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW serta Saidatina Aisyah, manakala 16 kertas siasatan sudah dibuka.

ARMADA buat laporan Temerloh,

Di Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung isu sama dan mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu.

Ketuanya, Muhamad Iqmal Nizam Mohd Taufik, berkata perbuatan itu dilihat semakin menular dalam media sosial dan perlu dihentikan segera sebelum tercetus perkara tidak diingini kerana ia mengguris hati umat Islam dan boleh mencetuska­n provokasi yang mampu membawa ketegangan agama.

“Saya melihat perkara ini sebagai usaha terancang dan sengaja dilakukan pihak tidak bertanggun­gjawab yang seolah-olah cuba mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini,” katanya.

 ??  ?? ‘Alvin Chow’ ditahan polis di pusat beli-belah Plaza Pudu, Kuala Lumpur, semalam.
‘Alvin Chow’ ditahan polis di pusat beli-belah Plaza Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia