Berita Harian

Pecah monopoli BERNAS perlu strategi

-

Ketika negara berkira-kira memantapka­n sektor pertanian khususnya dalam memastikan soal jaminan keselamata­n bekalan makanan negara terpelihar­a, timbul hasrat memecahkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Kerajaan membayangk­an membuka 30 peratus monopoli BERNAS kepada pemain industri padi dan beras tahun depan, memberi gambaran penguasaan total syarikat berkenaan bakal ditamatkan.

Menamatkan monopoli BERNAS nampak mudah, namun melaksanak­annya memerlukan pendekatan terperinci. Kedudukan serta fungsi BERNAS sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan perlu diambil kira, kerana soal jaminan keselamata­n bekalan makanan negara turut dipertaruh­kan.

BERNAS diswastaka­n 1 Januari 1996, secara dasarnya mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Ia menyelengg­ara dan mengurus stok penimbang negara, membeli padi daripada petani dengan harga minimum dan terjamin, serta bertindak sebagai pembeli terakhir petani. BERNAS juga mengurus pembayaran subsidi kepada petani di bawah Skim Subsidi Harga Padi, selain menguruska­n skim pengilang Bumiputera.

Logiknya perubahan pada kedudukan BERNAS dalam industri, mungkin menyebabka­n rantaian sektor dibentuk sekian lama terganggu. Semua pemegang taruh meliputi broker, pembeli, pengilang, pemborong, peruncit dan penting sekali petani, akan menerima impak.

Elak industri huru-hara

Rakan rapat dengan BERNAS mengakui monopoli sektor padi dan beras sebenarnya bertitik tolak pada era 1970-an ketika industri masih di bawah LPN. Jadi pelik juga apabila alasan monopoli digunakan untuk mewajarkan langkah terkebelak­ang, mengembali­kan LPN seperti dituntut sesetengah pihak.

Apa pun aspek positif monopoli tidak boleh dipandang sepi. BERNAS berperanan sebagai pengimport besar, selain pembeli dan pembekal utama industri. Ia bukan usaha sehari dua dan kekuatan ini memberi ‘kuasa’ kepada BERNAS mengawal harga belian beras, yang turut memberi kesan positif kepada industri.

Jika ia begitu positif, kenapa monopoli ini hendak dipecahkan? Ramai berteka-teki, namun andaian tindakan itu bukan kerana syarikat, sebaliknya lebih disebabkan ‘individu’ yang memonopoli melalui BERNAS agak menarik.

Apa pun andai monopoli BERNAS dipecahkan, strateginy­a perlu tepat bagi mengelak industri padi dan beras negara huru-hara. Bercakap soal strategi, dua kemungkina­n wajar diambil kira.

Monopoli andai dikekalkan tidak boleh lagi dimiliki individu, sebaliknya dikuasai kelompok umum sama ada meletakkan kuasa itu di bawah kerajaan atau melalui syarikat strategik. Contohnya Khazanah Nasional Berhad atau Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pilihan pertama sedikit sangsi kerana kerajaan tidak begitu bagus berniaga. Rekod LPN menjadi bukti sehinggaka­n wujud ramai pemborong beras, menyebabka­n aspek kawal selia gagal. Pilihan kedua lebih realistik. Melaluinya keuntungan diperoleh bukan lagi dikuasai individu, sebaliknya membabitka­n kumpulan dengan dikendalik­an secara efisien kelompok profesiona­l.

Status pengimport tunggal

Logiknya pengekalan status pengimport tunggal melalui monopoli memudahkan kawal selia kemasukan beras import agar tidak berlaku lambakan.

Memecah monopoli BERNAS sepenuhnya dan beralih kepada pasaran terbuka, cukup berisiko kerana mengundang bencana besar apabila semua pihak dibenar mengimport beras. Natijahnya masalah pemantauan akan timbul dan kemasukan beras import tidak terkawal. Ini akan mengancam sektor padi tempatan, khususnya dalam soal persaingan harga.

Jadi pilihan terakhir melalui konsep separa terbuka, di mana lesen import diberi kepada beberapa pemain industri dalam jumlah terhad. Ini lebih sesuai kerana mewujudkan persaingan dalam pasaran, pada masa sama masih terkawal.

Difahamkan ketika ini empat model baharu dikemukaka­n dan jawatankua­sa khas dianggotai lapan kementeria­n diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bertanggun­gjawab menilai yang terbaik.

Apa pun konsep dipilih, sasarannya bukan sekadar memastikan pertimbang­an dibuat tidak mendatangk­an kesan kepada industri, terutama 150,000 petani yang selama ini dibela BERNAS, tetapi lebih penting memastikan soal jaminan keselamata­n bekalan makanan negara terus dipelihara.

Di sebalik isu monopoli, industri padi dan beras negara sendiri harus berubah. Dari segi perbanding­an, kos pengeluara­n beras Malaysia sekian lama paling tinggi dibandingk­an Thailand dan Vietnam. Agak pedih dikatakan, namun hakikatnya berapa banyak pelaburan disalurkan kerajaan setiap tahun baik dalam bentuk insentif atau subsidi, untuk membantu petani dan industri.

Pendekatan sebegini harus berubah. Kaedah penanaman lebih terancang khususnya dalam bentuk estet dengan pengurusan sistematik perlu digembleng. Ia bukan sahaja meminimumk­an kos, tetapi lebih utama produktivi­ti sehektar juga meningkat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia