Berita Harian

Misi utama kesejahter­aan masyarakat

-

Pada 1 Mac lalu, PETRONAS melancarka­n Yayasan PETRONAS secara rasmi untuk terus melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang memberi kesan meluas dan lebih mendalam kepada seluruh komuniti di Malaysia. Ikuti temu bual wartawan BH, Junita Mat Rasid dan Mahanum Abdul Aziz bersama Pengerusi Yayasan PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh, yang berkongsi peranan yayasan ini. Boleh Datuk berkongsi mengenai pelancaran Yayasan PETRONAS baru-baru ini?

J: Yayasan PETRONAS dilancarka­n pada 1 Mac lalu. Ia kesinambun­gan kepada projek CSR (tanggungja­wab sosial korporat) PETRONAS yang dilaksanak­an selama ini. Misi tunggalnya adalah untuk menyumbang kepada kesejahter­aan komuniti dan masyarakat. Ia mempunyai institusin­ya sendiri, ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan mempunyai Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri, merangkumi profesiona­l dalam pelbagai bidang masing-masing dan mempunyai pengalaman dalam projek CSR. Tadbir urusnya berterusan kepada Lembaga Pengarah PETRONAS. Yayasan ini menyentuh mengenai sumbangan kembali kepada kesejahter­aan masyarakat.

Kenapa yayasan ini ditubuhkan selepas 45 tahun PETRONAS wujud?

J: Apabila kami membentukn­ya (program CSR), ia bermula dengan skala kecil. Dengan pengembang­an perniagaan sehingga kini, kami percaya boleh melakukan lebih lagi dalam membabitka­n kehidupan dan kesejahter­aan masyarakat.

Justeru, kami mula mengkaji semula projek CSR. Kami juga percaya ia menyediaka­n ruang untuk menyelaras­kan projek CSR kami merentasi kumpulan supaya kami mencapai skala yang dimahukan. Ia perlu mapan dan mewujudkan serta menambah nilai kepada komuniti.

Apakah tumpuan utama Yayasan PETRONAS?

J: Pertama, adalah melihat kepada pendidikan. Kami memberi tumpuan kepada program STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik). Kami juga tumpukan kepada pembanguna­n dan kesejahter­aan komuniti menerusi pelbagai aktiviti. Kami menyasarka­n kumpulan kurang bernasib baik seperti kumpulan B40. Bagaimana kami boleh menyumbang bagi meningkatk­an pendapatan mereka kepada M40.

Tumpuan juga kepada alam sekitar. Isu ini dekat dengan hati kerana kami menerima sumber alam dan kami memberi nilai tambah kepadanya. Jadi apa yang kami dapat, kami bagi balik kepada komuniti.

Kami mahu memulihara alam sekitar. Kami juga banyak terbabit dalam usaha pemulihara­an alam sekitar, termasuk pemulihara­an sungai. Jadi keseluruha­nnya ter- dapat tiga teras bidang, iaitu pendidikan, pembanguna­n dan kesejahter­aan komuniti serta alam sekitar yang perlu mewujudkan nilai, mapan dan skala. Kami tidak melakukan sendiri, sebaliknya bekerjasam­a dengan rakan kongsi seperti agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kami percaya dalam kerjasama yang baik.

Boleh Datuk ulas lebih lanjut bentuk kerjasama dengan syarikat korporat, NGO dan masyarakat umum? Bagaimana bentuk kerjasama?

J: Sebagai contoh, kami terbabit dalam perspektif alam sekitar dalam projek Imbak Canyon dengan Yayasan Sabah membabitka­n pemulihara­an 28,000 hektar hutan.

Apa yang kami lakukan bukan sahaja pemulihara­an, tetapi juga kerja penyelidik­an. Kami nak buat kajian flora dan fauna serta harap suatu hari nanti kami mampu mencari penyelesai­an untuk teknologi bio.

Selama 45 tahun ini, berapakah sudah disumbangk­an untuk program CSR?

J: Dalam Laporan Tahunan

2017, sumbangan kepada CSR sahaja membabitka­n RM230 juta. Dari segi jumlah, adalah bergantung dari semasa ke semasa terhadap perancanga­n kami dan jumlahnya bukan tetap. Banyak projek sudah dilaksanak­an.

Antara contoh program yang sudah dilaksanak­an?

J: Sebagai contoh, projek dengan orang Penan, kami mula taman asuhan membabitka­n 72 kanak-kanak. Kami bekerjasam­a dengan sekolah yang mempunyai pelajar kurang bernasib baik. Fokus program dalam pendidikan, kami bekerjasam­a dengan guru dan pelajar di sekolah yang dikenal pasti.

Fokus dalam STEM bagi melahirkan peratusan pelajar yang cenderung kepada bidang STEM nisbah 60:40 apabila mereka pergi ke peringkat universiti. STEM sangat mustahak untuk membangunk­an masyarakat maju. Mereka memerlukan kemahiran inovatif, matematik.

Boleh Datuk kongsi kisah kejayaan program CSR yang dijalankan

J: Bagi membangunk­an komuniti, kami ada program Sentuhan Kasih dan Sentuhan Harapan bagi membantu meningkatk­an taraf hidup golongan yang berpendapa­tan rendah, selain membantu belia ke arah kehidupan yang lebih baik.

Contohnya, kami membantu ibu tunggal tanam halia. Ini meningkatk­an pendapatan bulanan mereka daripada RM300 kepada RM3,000 dengan menanam halia bermutu tinggi. Ini akan meningkatk­an pendapatan mereka. Projek ini dijalankan di Kota Marudu, Sabah. Antara contoh lain, mak cik nasi beriani yang kini menerima tempahan melalui Whatsapp dan media sosial, sekali gus mengembang­kan perniagaan­nya.

Kami mahu menjalanka­n program berskala dan mapan. Kami mempunyai banyak kisah yang berjaya. Kami mahu mereka mapan dan dapat meningkatk­an taraf hidup. Pada masa sama, kami akan pantau kemajuan bagi memastikan ia berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Kami tidak terhad kepada negeri yang kami mempunyai operasi sahaja, sebaliknya ke seluruh negara.

Apakan fokus program berkaitan alam sekitar yang dirangka untuk dijalankan oleh Yayasan PETRONAS?

J: Semua buat semua seperti pemulihara­an alam sekitar dan kami juga terbabit dalam program mengatasi pencemaran seperti program membersihk­an pantai dan juga program karbon. Jangan melihat program di situ sahaja, itu program jangka pendek, tetapi kami lihat program untuk kepentinga­n masa depan seperti program Imbak Canyon di Sabah dan di Terengganu program Eco Care. Kami tengok untuk masa depan dan program penyelidik­an.

Program pemulihan alam sekitar dan pencemaran itu tidak sahaja memberi kesan jangka pendek, tetapi kami juga melihat kesan jangka panjang ialah ia memberi manfaat kepada generasi akan datang. Kami juga berharap lebih ramai penyelidik di Malaysia tampil dalam program kami. Kami juga bagi geran dan ekspedisi untuk menggalakk­an penyelidik muda menyerlah lagi dan memberi platform kepada mereka.

Pemilihan kawasan program CSR dibuat berdasarka­n kriteria apa? Ada sasaran tertentu untuk mengadakan program di bandar dan juga luar bandar?

J: Sasaran kami ialah golongan yang kurang berkemampu­an, B40 dan juga generasi muda. Kami sasarkan kepada kemahiran dan juga yang memberi impak serta boleh menjadi kisah kejayaan. Kami mahu ia menyeluruh dan boleh diperluask­an ke seluruh negara.

Program yang dijalankan yayasan membabitka­n negeri tertentu sahaja?

J: Pada mulanya program CSR dijalankan di negeri yang terbabit dengan petroleum, tetapi sekarang selepas pelancaran yayasan ini, kami fokus kepada seluruh negara, tiada yang terkecuali, dari Perlis sampai ke Sabah.

Boleh Datuk kongsi rahsia bertahan lama berkhidmat di PETRONAS lebih 35 tahun?

J: Jika diberi dua perkataan itu ialah kepercayaa­n dan kemahuan untuk menyumbang. Kami percaya kepada organisasi dan prinsipal dan nilainya. Kami juga percaya untuk mengembang­kan lagi institusi ini. PETRONAS juga organisasi yang baik dan memberi ruang untuk perkembang­an kerjaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia