Berita Harian

PDRM kemuka cadangan

Jawatankua­sa khas syor usul secara lisan, bertulis kepada kerajaan

- Oleh Faris Fuad

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengemukak­an beberapa cadangan kepada kerajaan berkaitan keputusan untuk menggubal, memansuhka­n, memperbaha­rui dan meminda lebih 100 undang-undang menjelang sidang Parlimen, minggu depan.

Undang-undang itu, termasuk Akta Hasutan 1948 dan Draf Rang Undang-undang Suruhanjay­a Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata cadangan berkenaan dikemukaka­n secara bertulis dan lisan melalui sebuah jawatankua­sa khas yang ditubuhkan PDRM enam bulan lalu.

“Jawatankua­sa itu terdiri daripada pegawai atasan, pegawai perundanga­n, ketua polis negeri dan pesara polis bagi mendapatka­n pandangan mengenai yang mana sesuai atau tidak untuk kita kemukakan kepada kerajaan.

Isu kebajikan pegawai, anggota

“Turut diusulkan kepada kerajaan untuk memberi perhatian terhadap isu kebajikan pegawai dan anggota polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis

Jawatankua­sa itu terdiri daripada pegawai atasan, pegawai perundanga­n, ketua polis negeri dan pesara polis” Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara

Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang PDRM 2018 di Bukit Aman, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, sebagai berkata lebih 100 undang-undang akan digubal, dipinda, diperbahar­ui dan dimansuhka­n.

Vui Keong berkata, senarai undang-undang itu dikemuka berdasarka­n manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11).

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Mohamad Fuzi menyampaik­an anugerah kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (kiri) pada majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang PDRM 2018 di Bukit Aman, semalam.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Mohamad Fuzi menyampaik­an anugerah kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (kiri) pada majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang PDRM 2018 di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia