Berita Harian

Lengkap siasatan barang rampasan sebelum 16 Mei

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melengkapk­an siasatan barang rampasan berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), sebelum 16 Mei depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata selepas tempoh itu, ia perlu dirujuk kepada mahkamah untuk arahan selanjutny­a.

“Proses ini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kita mengambil maklum mengenai tempoh siasatan. Kita kena patuh dan melengkapk­an siasatan sebelum 16 Mei depan.

“Selepas tarikh itu, sebarang cadangan akan melalui proses tertentu, termasuk daripada mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang PDRM 2018 di Bukit Aman, di sini, semalam.

Terus buru Jho Low

Pada 27 Jun tahun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh (kini bersara), dilaporkan sebagai berkata jumlah keseluruha­n nilai barangan dirampas berkaitan kes 1MDB bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya masih aktif bekerjasam­a dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, berhubung skandal 1MDB.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang memburu beberapa in- dividu lain bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Perbincang­an (dengan pihak berkuasa China) masih diteruskan. Ramai orang cakap (Jho Low) di China, kita pun tidak pasti.

“Kita berusaha menjejaki Jho Low dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan 1MDB,” katanya.

Pada 25 Januari lalu, PDRM dilaporkan mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes berhubung 1MDB.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 5 Februari 2019.
Keratan akhbar BH 5 Februari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia