Berita Harian

TPA-M14 terus pantau gencatan senjata di Mindanao

-

Kuala Lumpur: Tim Pemantau Antarabang­sa-mindanao (TPA-M14) berlepas ke Mindanao, Filipina hari ini bagi meneruskan tugas pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata TPA-M14 yang diketuai Mej Jen Datuk Ya’cob Samiran akan menggantik­an TPAM13 yang bakal menamatkan tugas pada 14 Mac ini.

“Tahniah kepada semua pegawai serta anggota yang terpilih menyertai TPA-M14 dan jalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

“Kecemerlan­gan Malaysia dalam mengetuai misi ini menonjolka­n kredibilit­i kita di mata komuniti antarabang­sa,” katanya dalam teks ucapan pada Majlis Perasmian TPAM14 di Wisma Transit di sini, semalam.

Teks ucapan Panglima ATM itu dibacakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Seramai 16 pegawai dan anggota iaitu 11 dari ATM, dua daripada Polis Diraja Malaysia manakala tiga kakitangan awam dari Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Luar dan Jabatan Perdana Menteri menyertai TPA-M14 kali ini.

Perlu utama aspek keselamata­n

Sementara itu, Zulkifli berkata aspek keselamata­n perlu menjadi keutamaan pegawai dan anggota yang menyertai TPA-14 pada kali ini.

“Situasi di Mindanao sukar diramal, oleh itu jauhi sebarang perkara yang berisiko atau mendatangk­an impak yang tidak diingini,” katanya.

TPA-M14 adalah kesinambun­gan dalam memenuhi hasrat kerajaan Filipina dan juga persetujua­n kerajaan Malaysia untuk menghantar pasukan pemantau bagi tempoh 12 bulan.

Sebanyak 13 tim telah diaturgera­kkan untuk menjalani misi pemantauan di Mindanao sejak 10 Oktober 2004.

Konflik di Mindanao berlarutan sejak tiga dekad lalu dan Malaysia berjaya membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan dan mereka bersetuju untuk gencatan senjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia