Berita Harian

Ada waris sudah terima pampasan

Sebahagian lagi masih dalam proses menuntut daripada Malaysia Arlines di mahkamah

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Sebahagian daripada waris penumpang MH370 sudah menerima wang pampasan susulan insiden kehilangan pesawat itu pada 8 Mac 2014.

Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) memaklumka­n, sebahagian lagi waris dalam proses menuntut wang pampasan itu daripada Malaysia Airlines (Pentadbir Dilantik) di mahkamah.

“Sebarang butiran lanjut berkenaan urusan wang pampasan ini adalah sulit dan peribadi. Malaysia Airlines tidak akan membincang­kannya secara umum.

Pastikan wang pampasan adil

“Bagaimanap­un, perlu dinyatakan di sini bahawa Malaysia Airlines tetap komited untuk memastikan wang pampasan yang dipersetuj­ui atau bakal dipersetuj­ui adalah adil untuk waris penumpang MH370,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH, semalam.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dan hilang tanpa dapat dikesan sehingga kini.

Pesawat membawa 227 penumpang dan seramai 152 daripadany­a adalah rakyat China.

Turut berada dalam pesawat adalah 12 kru penerbanga­n.

Malaysia Airlines berkata, pihaknya tidak mempunyai perancanga­n membina monumen bagi memperinga­ti insiden berkenaan kerana pesawat MH370 itu belum ditemui.

Sebarang butiran lanjut berkenaan urusan wang pampasan ini adalah sulit dan peribadi. Malaysia Airlines tidak akan membincang­kannya secara umum” Kenyataan Malaysia Airlines

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Ahli keluarga mangsa MH370 berkumpul pada Hari Memperinga­ti MH370 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Ahli keluarga mangsa MH370 berkumpul pada Hari Memperinga­ti MH370 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia