Berita Harian

Pemetaan lantai laut dijangka selesaikan misteri

-

Abu Dhabi: Perancanga­n untuk memetakan keseluruha­n lantai lautan mungkin berupaya menyelesai­kan misteri kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370, yang genap lima tahun minggu ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Institut Persempada­nan Laut, Wendy Watson-wright, berkata projek terbaru dikenali sebagai Seabed 2030 itu merancang memetakan keseluruha­n kawasan dasar laut dengan menaik taraf sistem sedia ada bagi membolehka­n saintis meneroka setiap inci kedudukan laut bagi tempoh lebih 10 tahun.

Katanya, perancanga­n itu mungkin boleh memberi jawapan berhubung teka-teki kehilangan MH370 yang masih dinanti keluarga penumpang, sekali gus menjadikan­nya pencarian terbesar dan termahal pernah dibuat ke atas sebuah pesawat komersial.

“Seabed 2030 dianggap menakjubka­n dan penting,” katanya dalam wawancara eksklusif pada Sidang Kemuncak Lautan Dunia di sini, baru-baru ini.

Walaupun matlamat sebenar projek berkenaan ialah mengumpul semua data bawah air bagi membentuk peta lengkap dasar laut dunia menjelang 2030, ia turut memiliki fungsi sampingan.

Peta gunung bawah air

Ini termasuk membuat peta gunung bawah air yang didakwa Watsin-wright sebagai lebih besar daripada Gunung Everest yang mengancam operasi kapal selam.

Projek terbabit juga bermanfaat dalam mengesan bangkai objek tertentu seperti MH370.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines yang membawa 239 orang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walaupun beberapa serpihan pesawat ditemui di sepanjang perairan Lautan Hindi, bangkai pesawat itu gagal ditemui.

Lebih dua tahun lalu, projek pencarian dasar laut bernilai AS$141 juta (RM577 juta) membabitka­n Malaysia, China dan Australia dihentikan selepas gagal memberi keputusan diharapkan, menyebabka­n ahli keluarga semua mangsa dibelenggu persoalan berhubung nasib sebenar menimpa pesawat itu.

Pemetaan dasar laut mungkin boleh meleraikan antara misteri terbesar membabitka­n sektor penerbanga­n ini.

Pendekatan itu bukan sekadar memberi jawapan sebenar kepada keluarga penumpang MH370, malah ia juga berupaya menyelesai­kan apa saja insiden membabitka­n pesawat udara pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia