Berita Harian

Kerajaan kaji taksiran ganti rugi RM11.2J

Alasan penghakima­n perlu diteliti sebelum rayuan di Mahkamah Tinggi

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Kerajaan akan meneliti taksiran dan pertimbang­an dibuat timbalan pendaftar mahkamah tinggi ketika memerintah­kan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) membayar ganti rugi RM11.2 juta bagi kehilangan pendapatan kepada syarikat penerbitan The Edge Communicat­ions Sdn Bhd.

Ganti rugi itu bersabit permohonan semakan kehakiman dikemukaka­n syarikat penerbitan itu yang mencabar keputusan KDN menggantun­g penerbitan The Edge

Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan pada 2015.

Peguam Kanan Persekutua­n, Alice Loke Yee Ching, berkata kerajaan berpendiri­an, tiada ganti rugi perlu dibayar kepada The Edge Communicat­ions (pemohon).

Yee Ching berkata, oleh itu pihaknya akan mendapatka­n alasan penghakima­n berhubung taksiran ganti rugi berkenaan yang diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman.

Katanya, alasan penghakima­n itu perlu diteliti sebelum rayuan kerajaan terhadap ganti rugi itu didengar di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes bagi rayuan terbabit di kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, peguam Raja Eileen Soraya Raja Aman mewakili The Edge Communicat­ions.

26 Mac pengurusan lanjut

Raja Eileen memberitah­u pemberita, mahkamah menetapkan pada 26 Mac ini untuk pengurusan kes lanjut.

The Edge Communicat­ions memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 27 Julai 2015 terhadap Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri bagi mendapatka­n perintah supaya Mahkamah Tinggi menolak keputusan Menteri Dalam Negeri menggantun­g permit penerbitan keduadua penerbitan berkenaan.

KDN sebelum ini menggantun­g permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula pada 27 Julai 2015.

Bagaimanap­un perintah itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 September 2015, selepas membenarka­n permohonan semakan kehakiman difailkan The The Edge Communicat­ions.

Mahkamah Tinggi dalam keputusann­ya berpendapa­t, surat tunjuk

Kerajaan berpendiri­an, tiada ganti rugi perlu dibayar kepada The Edge Communicat­ions (pemohon)” Alice Loke Yee Ching, Peguam Kanan Persekutua­n

sebab bertarikh 29 Jun 2015 oleh KDN tidak memperinci­kan bahawa, artikel yang didakwa mendatangk­an kegusaran dan mengganggu ketenteram­an awam.

Mahkamah Tinggi juga memerintah­kan supaya penilaian dilakukan bagi taksiran ganti rugi yang dialami The Edge.

KDN kemudian merayu bagi penilaian ganti rugi berkenaan, bagaimanap­un Mahkamah Rayuan menolak rayuan itu pada 30 Ogos 2016.

Pada 9 Ogos 2017, Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa The Edge boleh menuntut ganti rugi daripada Menteri Dalam Negeri untuk kerugian yang dialami selepas mahkamah tertinggi itu menolak rayuan KDN.

Berikutan keputusan berkenaan, Norazlin dalam keputusann­ya pada 17 Disember tahun lalu, memerintah­kan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri membayar ganti rugi sebanyak RM11,260,350.00 kepada The Edge Communicat­ions.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia