Berita Harian

Lapan pegawai penjara, wanita direman enam hari

-

Georgetown: Mahkamah Majistret di sini semalam membenarka­n perintah menahan reman enam hari lapan pegawai penjara dan seorang pemandu wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan kes menerima suapan.

Perintah reman berkuat kuasa hingga Isnin depan dikeluarka­n Penolong Pendaftar Kanan, Muna Maria Azmi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lapan pegawai penjara berusia 25 hingga 44 tahun berkenaan disyaki mendalangi penyeludup­an beberapa bahan terlarang kepada banduan diawasi mereka selepas diberi sogokan, ditahan SPRM semalam.

Wanita warga Indonesia itu pula yang bertindak sebagai orang tengah turut ditahan dalam gerakan antara jam 9.45 hingga 10.30 pagi di Pulau Pinang, Kedah dan Pahang.

Kumpulan pegawai penjara terbabit disyaki menerima rasuah, dianggarka­n bernilai lebih RM120,000 daripada wanita itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kemasukan barang terlarang ke dalam penjara.

Dalang ditahan SPRM

Semalam, akhbar melaporkan kelicikan lapan pegawai penjara mendalangi penyeludup­an rokok, makanan luar serta bahan lucah kepada banduan yang diawasi mereka selepas diberi sogokan, berakhir apabila ditahan SPRM.

Dalam kes berasingan, Muna Maria turut membenarka­n perintah reman selama tiga hari ke atas dua individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah berkuat kuasa hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengatur cara komputer warga Ireland di sebuah kondominiu­m di Jalan Sultan Ahmad Shah, dekat sini, Ahad lalu.

Mayat lelaki berkenaan, Brian Patrick O’ Reilly, 51, ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan kesan tikaman pada perut serta kesan kelar pada leher, selain hentakan menggunaka­n senjata tumpul pada kepala.

Hasil siasatan menemui sekeping nota menyatakan suspek kes terbabit tidak berpuas hati dengan mangsa kerana terbabit sindiket scammer.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia