Berita Harian

Majikan perlu sedia latihan keselamata­n

-

Kota Tinggi: Semua majikan dalam industri pelanconga­n perlu menyediaka­n latihan keselamata­n dan pelan kecemasan yang lebih komprehens­if.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pelaksanaa­n inisiatif itu bukan sahaja dapat menyelamat­kan kakitangan, malah pelancong dan orang awam sekiranya kemalangan berlaku di kawasan premis mereka.

Katanya, setiap kakitangan dalam industri pelanconga­n juga perlu diberikan latihan mencukupi supaya lebih tahu cara mengenal pasti risiko dan menanganin­ya berdasarka­n konsep bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

“Majikan perlu melaksanak­an latihan keselamata­n dan pengungsia­n (evacuation) sebagai sebahagian rancangan pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) supaya kakitangan bersedia menghadapi sebarang kecemasan.

Tingkat tahap KKP

“Majikan boleh meningkatk­an tahap KKP menerusi pelbagai cara termasuk menyediaka­n premis, aktiviti dan jadual perjalanan yang selamat; sistem pengangkut­an yang berkeadaan baik serta latihan pemanduan berhemah bagi mengelak kemalangan.

“Latihan dan pendidikan adalah elemen utama dalam pengurusan KKP kerana ia boleh menyumbang kepada peningkata­n keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan program Seminar dan Dialog Pemerkasaa­n Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pelanconga­n Johor, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Hartanah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), A Jalil Md Arshad.

Lam Thye berkata, mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, tanggungja­wab menjaga keselamata­n dan kesihatan pekerjaan harus dipikul bersama oleh majikan, pekerja dan kerajaan.

Latihan dan pendidikan adalah elemen utama dalam pengurusan KKP kerana ia boleh menyumbang kepada peningkata­n keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja” Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia