Berita Harian

Polis sahkan tiada pembabitan pihak ketiga

Tiada bukti fizikal ditemui forensik, masih tunggu laporan kimia

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Polis mengesahka­n tiada pembabitan pihak ketiga berhubung kematian dua penjawat awam dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, 28 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata bukti fizikal yang ditemui pasukan forensik setakat ini tidak mengesan pembabitan pihak ketiga atau menjurus ke arah mensabitka­n orang lain.

“Melalui penyiasata­n forensik itu tiada pembabitan pihak ketiga, namun kita tidak akan menolak sebarang kebarangka­lian hasil daripada pemeriksaa­n saintifik (kimia), yang mana sekiranya ada kita akan maklumkan.. kita masih menunggu laporan kimia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai statistik dan tangkapan kes jenayah daerah Sepang, di sini, semalam.

Pada 28 Januari lalu, media melaporkan kematian dua penjawat awam dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya bertugas di Jabatan Pendafta- ran Negara (JPN) Putrajaya.

Indeks jenayah menurun

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kadar indeks jenayah yang direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang menunjukka­n penurunan sebanyak 10.4 peratus secara keseluruha­n berbanding tahun lalu.

Menurutnya, jenayah kekerasan menurun sebanyak 8.33 peratus manakala jenayah harta benda pula menunjukka­n penurunan 11.1 peratus berbanding tahun lalu.

“Kita dapati tindakan membuat sekatan jalan raya pada sebelah malam dan pemeriksaa­n secara kerap di sebelah siang membantu menurunkan kadar indeks jenayah.

“Kita akan meneruskan tindakan pencegahan jenayah ini khususnya sekatan jalan raya di sebelah malam kerana ia memberi kesan langsung kepada penurunan itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dari Januari tahun lalu hingga Februari lalu, terdapat 93 kes jenayah komersial membabitka­n penipuan direkodkan di daerah Sepang.

Katanya, modus operandi kes yang disiasat adalah penipuan jual beli dalam talian, pinjaman tidak wujud dan Macau Scam yang membabitka­n kerugian keseluruha­n berjumlah RM2.3 juta.

 ??  ?? Abdul Aziz Ali
Abdul Aziz Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia