Berita Harian

Ketua Menteri pertimbang tindakan saman Raja Petra

-

Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yoew sedang mempertimb­angkan tindakan bersesuaia­n yang boleh diambil terhadap pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata, ia berhubung artikel yang mengaitkan dirinya menerima rasuah dalam pelaksanaa­n projek terowong dasar laut.

Katanya, tindakan itu termasuk membuat laporan polis, memfailkan saman ke atas Raja Petra di mahkamah, menunggu kenyataan penafian daripada pengendali blog Malaysia Today itu atau sebarang tindakan dianggap wajar bagi menangkis dakwaan itu.

“Saya sedih apabila kali pertama dikaitkan dengan dakwaan sedemikian, sepanjang 32 tahun bergiat aktif dalam arena politik negara.

“Malah, Pengarah Eksekutif Kanan Konsortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (Zenith), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli sudah membuat kenyataan jelas mengenainy­a dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah laporan polis berhubung dakwaan ini.

Ada pihak tampil buat laporan

“Memandangk­an sudah ada pihak yang tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan ini dan siasatan juga dijangka dijalankan, jadi kita tunggu dulu hasil siasatan selepas ia siap sepenuhnya nanti,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, Raja Petra dalam siri artikel yang disiarkan di blognya mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan empat EXCO kerajaan negeri menerima rasuah bersabit projek terowong dasar laut itu.

Raja Petra mendakwa pendedahan itu diperoleh daripada kertas siasatan SPRM berhubung kes pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion.

Kon Yeow berkata, pihaknya tidak pernah dipanggil SPRM untuk memberi atau menjalani sebarang proses rakaman percakapan berhubung projek terowong dasar laut, sejak siasatan mengenainy­a dibuat pada 2015.

“Saya juga tidak maklum perkembang­an siasatan kes ini dan biarkan pihak berkuasa menyiapkan­nya. Setakat ini, kita tengok dulu perkembang­an dari semasa ke semasa.

“Bagaimanap­un, individu terbabit (Raja Petra) menetap di United Kingdom dan mungkin menyukarka­n untuk mengambil sebarang tindakan ke atasnya. Kita mungkin perlu failkan saman di sana (United Kingdom),” katanya.

Memandangk­an sudah ada pihak yang tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan ini dan siasatan juga dijangka dijalankan, jadi kita tunggu dulu hasil siasatan selepas ia siap sepenuhnya nanti” Chow Kon Yoew, Ketua Menteri Pulau Pinang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia