Berita Harian

JKDM Sabah tumpaskan tiga cubaan seludup dadah

Nilai rampasan lebih RM5 juta dalam tempoh sembilan hari

- Oleh Fardy Bungga

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan tiga cubaan penyeludup­an dadah ke negeri ini membabitka­n nilai lebih RM5 juta dalam tempoh sembilan hari.

Kes pertama dilaporkan berlaku pada 21 Februari lalu membabitka­n seorang lelaki warga asing yang ditahan bersama kira-kira 100 kilogram dadah jenis syabu.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang di sebuah premis di Penampang, bersama beberapa kotak yang dibawa masuk menggunaka­n perkhidmat­an pos dari Semenanjun­g Malaysia.

Penolong Ketua Pengarah JKDM (Bahagian Penguatkua­saan), Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, berkata hasil pemeriksaa­n mendapati dadah berkenaan disembunyi­kan dalam bungkusan makanan protein tambahan, dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, nilai rampasan bagi kes ini dianggarka­n mencecah RM5 juta berdasarka­n harga pasaran semasa.

Dipercayai ekstasi

“Kes kedua dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu di Pejabat Pos Sandakan di mana dalam kejadian jam 4.15 petang itu, hasil imbasan ke atas sebuah kotak mendapati imej mencurigak­an, dipercayai dihantar dari Semenanjun­g Malaysia.

“Seorang lelaki berusia 40-an yang tampil menuntut barangan berkenaan kemudianny­a ditahan dan pemeriksaa­n mendapati terdapat kira-kira 4,900 pil dipercayai ekstasi bernilai RM122,500,” katanya pada sidang media di Menara Kastam Sabah, semalam.

Sementara itu, kata Abdul Latif, kes ketiga dilaporkan berlaku pada 1 Mac lalu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA).

Katanya, seorang wanita berusia 20-an yang baru tiba dari Kuala Lumpur menerusi penerbanga­n domestik ditahan bersama bagasi berisi bungkusan plastik lut sinar.

“Pemeriksaa­n mendapati, bungkusan itu mengandung­i serbuk hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu lima kilogram dianggarka­n bernilai RM250,000.

“Semua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali,” katanya.

Semua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali” Abdul Latif Abdul Kadir, Penolong Ketua Pengarah JKDM (Bahagian Penguatkua­saan)

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Abdul Latif (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas JKDM Sabah di Menara Kastam Sabah, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Abdul Latif (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas JKDM Sabah di Menara Kastam Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia