Berita Harian

Pelajar UMS buat laporan polis

-

Kuala Lumpur: Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuat laporan polis dan mendakwa nombor telefonnya disalah guna oleh ‘Encik Selamat’ bagi pendaftara­n pertanding­an ‘Tidur Dalam Kubur’ di Hulu Langat, Selangor yang tersebar luas di media sosial.

Julie Christine Martin, 21, membuat laporan di Balai Polis Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah tengah hari semalam, selepas berasakan keselamata­nnya terancam.

Beliau turut menerima lebih 500 pertanyaan menerusi aplikasi Whatsapp dan puluhan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali sejak jam 8 pagi semalam.

Tak mahu diganggu

“Ketika ini, saya meletakkan telefon dalam mod penerbanga­n kerana tidak mahu diganggu.

“Saya turut meminta rakan yang menggunaka­n nama ‘Hayalee Ana’ di media sosial Facebook (FB) untuk menjelaska­n nombor telefon saya disalah guna.

“‘Hayalee Ana’ turut memaklumka­n saya tidak tahu-menahu mengenai pertanding­an yang menyalahgu­nakan nombor telefon saya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mesej berhubung pertanding­an ‘Tidur Dalam Kubur’ yang tersebar di media sosial itu, antara lain menawarkan orang ramai tidur bertutup liang lahad selama lapan jam bermula tengah malam hingga Subuh di kawasan perkuburan Hulu Langat, Selangor, 23 Mac ini.

Pertanding­an yang kononnya bermatlama­t memberi kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kematian itu, menawarkan hadiah pakej umrah dan wang tunai RM5,000 bagi pemenang pertama, manakala hadiah kedua dan ketiga masing-masing wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Julie Christine yang beragama Kristian dan kini mengikuti pengajian dalam jurusan kejururawa­tan, berkata, ia kali pertama nombor telefonnya disalah guna pihak tidak bertanggun­gjawab dan tidak mengetahui motif ia dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia