Berita Harian

PETRONAS susun strategi hadapi cabaran

Pengerusi yakin pasukan pengurusan mampu kembangkan perniagaan

- Oleh Junita Mat Rasid dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@nstp.com.my

“PETRONAS bersedia menghadapi cabaran untuk terus mengembang­kan perniagaan di tengah-tengah persekitar­an ekonomi yang tidak menentu ketika ini,” kata Pengerusin­ya, Datuk Ahmad Nizam Salleh.

Beliau mengakui dinamik ekonomi yang berubah-ubah adalah antara cabaran yang perlu dihadapi pengeluar minyak dan gas nasional itu dalam mengembang­kan perniagaan­nya.

Bagaimanap­un, beliau yakin pasukan pengurusan PETRONAS yang diterajui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin bersedia dalam menghadapi cabaran berkenaan.

“Kami sudah menyusun strategi untuk berdepan cabaran. Lebih banyak cerita akan didengar apabila kami umumkan keputusan kewangan kami esok,” katanya dalam satu temu bual eksklusif di Kuala Lumpur.

Ahmad Nizam dilantik sebagai Pengerusi PETRONAS berkuat kuasa 1 Ogos 2018 bagi menggantik­an Tan Sri Sidek Hassan yang tamat kontrak sebagai Pengerusi PETRONAS pada 30 Jun 2018.

Mengulas mengenai peranannya sebagai Pengerusi PETRONAS, Ahmad Nizam berkata, bukan sesuatu yang sukar untuknya menyesuaik­an diri menyandang jawatan berkenaan memandangk­an beliau pernah berkhidmat lebih 35 tahun dengan firma minyak dan gas negara itu.

Dua prinsip panduan

Beliau berkata, pembentuka­n PETRONAS secara dasarnya mempunyai dua prinsip panduan, iaitu PETRONAS sebagai entiti perniagaan, ia harus mengembang­kan perniagaan dan menjadi cekap serta menjana keuntungan yang baik.

Satu lagi panduan, jelasnya adalah pembanguna­n negara, yang mana sumbangan PETRONAS kepada ekonomi negara menerusi cukai dan sebagainya.

Di samping itu, katanya, PETRONAS juga menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat negara ini menerusi Yayasan PETRONAS.

Mengenai pemangkin yang mendorong Ahmad Nizam lama berkhidmat di PETRONAS, beliau berkata, jika disimpulka­n dalam dua perkataan, ia adalah adalah kepercayaa­n dan kemahuan untuk menyumbang.

“PETRONAS adalah organisasi yang baik dan memberi ruang kepada perkembang­an kerjaya,” katanya.

Kami sudah menyusun strategi untuk berdepan cabaran. Lebih banyak cerita akan didengar apabila kami umumkan keputusan kewangan kami esok” Ahmad Nizam Salleh, Pengerusi PETRONAS

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia