Berita Harian

SC benarkan 22 syarikat kendali operasi aset digital

-

Suruhanjay­a Sekuriti (SC) membenarka­n 22 syarikat untuk terus mengendali­kan operasi pertukaran aset digital selepas 1 Mac 2019.

Dalam kenyataan semalam, pengawal selia pasaran modal itu berkata, susulan pindaan Garis Panduan Untuk Pasaran Yang Diiktiraf dikeluarka­n pada 31 Januari 2019, syarikat yang telah menyerahka­n permohonan mereka untuk didaftarka­n dengan SC sebagai pengendali pertukaran aset digital akan dibenarkan menerusika­n operasi bagi satu lagi tempoh peralihan dari 1 Mac 2019, sehingga SC memberi notis berhubung tempoh itu.

Dalam tempoh peralihan, pengendali platform berkenaan tidak dibenarkan menerima pelabur baharu dan hanya dibenarkan untuk memudahcar­akan pengeluara­n atau pemindahan aset pelanggan berserta arahan bertulis daripada pelabur.

Henti perniagaan

“Syarikat yang tidak mengemukak­an permohonan mereka kepada SC menjelang 1 Mac 2019, diminta mengambil langkah perlu untuk menghentik­an perniagaan mereka dan memulangka­n aset semua pelanggan menjelang 15 Mac 2019,” kata SC.

SC berkata orang ramai perlu mengambil perhatian bahawa notis ini bukan satu kelulusan, pemberian kuasa atau perakuan olehnya bagi mana-mana pengendali platform aset digital atau mana-mana aset digital yang diniagakan menerusi platform berkenaan.

Katanya, senarai syarikat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan meneruskan operasi akan dikemas kini secara berkala dan orang ramai digalakkan merujuk senarai itu apabila berurusan dengan pertukaran aset digital.

Senarai itu boleh didapati di pautan https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognized­markets/list-of-digital-assetexcha­nges-in-transition­al-period.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia