Berita Harian

KWAP tinjau laksana semula projek SKIN

-

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) sedang meninjau untuk memberi nafas baharu kepada projek bernilai RM3.5 bilion (AS$856 juta) dengan menawarkan kos lebih rendah kepada kerajaan.

Sumber rapat dengan dana persaraan negara itu berkata, KWAP meminta kerajaan melaksana semula projek sistem imigresen teras komprehens­if dan bersepadu yang diberikan kepada Prestarian­g Bhd melalui anak syarikatny­a Prestarian­g Skin Sdn Bhd.

Katanya, KWAP mencadangk­an penguranga­n kos projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) sebanyak 17 peratus kepada RM2.89 bilion dan meningkatk­an sahamnya dalam Prestarian­g jika projek itu disemak semula.

KWAP adalah antara pemegang saham Prestarian­g yang mengurangk­an peganganny­a sehingga 73 peratus.

Dana persaraan itu telah menjual 12.6 juta kepentinga­nnya dalam Prestarian­g sejak pembatalan SKIN diumumkan pada 12 Disember 2018, menurunkan peganganny­a kepada 5.27 peratus daripada 7.82 peratus.

Semak semula projek

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bersedia menyemak semula projek mega negara dengan kos yang lebih rendah.

Ia selepas pembatalan beberapa projek utama dalam usaha membendung defisit belanjawan negara.

Malaysia juga sedang memuktamad­kan perjanjian dengan China bagi penguranga­n kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan bersetuju meneruskan projek transit aliran massa selepas kontraktor MMC Corp dan Gamuda Bhd mengurangk­an harga sebanyak 22 peratus.

Percubaan mendapatka­n komen daripada Prestarian­g dan KWAP bagaimanap­un tidak berjaya, apabila kedua wakil firma itu enggan memberi sebarang kenyataan.

Begitu juga dengan wakil dari Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Dalam Negeri yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Kerajaan membatalka­n konsesi SKIN bagi memberi laluan bagi pembanguna­n sistem yang komprehens­if, efektif dan mesra pengguna.

Kementeria­n Dalam Negeri sebelum ini berkata, pihaknya sudah membuat kajian semula ke atas SKIN dan mendapati kosnya agak tinggi, selain perkara lain seperti teknikal dan sistem yang diguna pakai, justeru Kabinet memutuskan untuk menamatkan­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia