Berita Harian

Pelabur asing kembali ke Malaysia

Keyakinan pulih selepas pertumbuha­n ekonomi catat peningkata­n

-

Pelabur asing secara perlahan-lahan kembali ke Malaysia selepas membuat jualan besar-besaran tahun lalu, selepas tertarik ketidakten­tuan politik yang semakin berkuranga­n, harga pasaran dan jangkaan pulangan lebih baik selepas pertumbuha­n ekonomi meningkat akhir tahun lalu.

Pasaran saham Malaysia jatuh enam peratus tahun lalu apabila kebimbanga­n terhadap langkah mengetatka­n dasar Rizab Persekutua­n dan perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china mempengaru­hi ekonomi Asia.

Malah, kemenangan mengejutka­n Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke atas kerajaan yang mentadbir Malaysia selama enam dekad turut mencetuska­n ketidakten­tuan.

Dalam dua bulan pertama 2019, pelabur luar negara membuat belian bersih AS$40 juta saham tempatan, demikian menurut data ditunjukka­n Bursa Malaysia.

Mereka menjual saham tempatan bernilai AS$2.7 bilion pada 2018.

“Secara perlahan-lahan dalam beberapa bulan, mereka (kerajaan) menunjukka­n lebih telus. Mereka lebih teratur mengenai jenis rasuah yang mahu ditangani dan banyak tumpuan terhadap tanggungja­wab,” kata Timbalan Pengurus Portfolio Amana Funds yang berpangkal­an di Washington, Monem Salam.

“Itu yang membawa semula keyakinan.”

Pelan lima tahun

Kerajaan Dr Mahathir memperkena­lkan pelan lima tahun untuk membantera­s rasuah dan memperkena­lkan peraturan untuk mengawal selia pembiyaan politik.

Langkah-langkah berkenaan disasarkan untuk meningkatk­an keyakinan pelabur selepas skandal rasuah berbilion dolar membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) menyebabka­n kejatuhan kerajaan terdahulu.

Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n tahunan 4.7 peratus pada Oktober-disember, kadar terpantas dalam tempoh tiga suku tahunan.

Inflasi bukan satu isu. Pada Januari, harga pengguna 0.7 peratus lebih rendah berbanding setahun sebelumnya.

Prestasi pasaran bon

Pada 2018, pasaran bon terjejas oleh kebimbanga­n mungkin ada defisit fiskal lebih tinggi dan kemungkina­n penarafan berdaulat diturunkan, namun kebimbanga­n sedemikian semakin menghilang.

“Walaupun potensi penarafan diturunkan bukan menjadi anggapan asas kami, ia mempengaru­hi permintaan asing bagi bon Malaysia menuju 2019, menyebabka­n penilaiann­ya berada di belakang rakan serantau Asia lain,” kata Pengurus Portfolio Kanan Nikko Asset Management, Yong Shao Fung.

“Ia berbalik sedikit dalam persekitar­an risiko sederhana sekarang ini jika dibandingk­an dengan kadar sebenar tinggi dan tinjauan inflasi rendah/stabil yang meyebabkan bon berdaulat Malaysia secara relatifnya menarik.”

Pulangan bon 10 tahun kerajaan Malaysia jatuh 20 mata asas tahun ini kepada 3.9 peratus.

“Harga komoditi lebih tinggi, peningkata­n perbelanja­an domestik dan perkembang­an lebih memihak dari segi hubungan luar dengan rakan dagangan seperti China, Singapura dan Jepun akan mengukuhka­n lagi aliran masuk ke dalam bon Malaysia tahun ini,” kata penganalis­is Credit Suisse.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia