Berita Harian

PELAJAR URUS SENDIRI PILIHAN RAYA KAMPUS

Pendekatan itu seiring usaha universiti beri autonomi kepada pelajar

- Oleh Nor Azma Laila dan Mohd Khairul Anam Md Khairudin bhvarsiti@bh.com.my

Jika sebelum ini pilihan raya kampus (PRK) atau lebih dikenali dengan nama pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPP) diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan universiti, tetapi lain pula halnya untuk sesi pengajian tahun ini.

Dimulakan oleh Universiti Malaya (UM) yang memberikan autonomi kepada pelajar untuk menguruska­n sepenuhnya pilihan raya kampus melalui penubuhan Jawatankua­sa Pilihan Raya Kampus, situasi PRK di universiti awam (UA) dijangka berubah dan kembali meriah dengan kempen yang dijalankan calon yang bertanding.

Meskipun kebanyakan UA sudah selesai menjalanka­n pilihan raya masingmasi­ng pada sesi pengajian lalu, pihak pengurusan universiti terus menun- jukkan sokongan untuk membenarka­n pelajar menguruska­n sendiri PRK bagi sesi pemilihan akan datang.

Pendekatan itu seiring dengan usaha Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang mahu PRK pada tahun ini memberi peluang kepada pelajar untuk membawa semangat autonomi dengan kebebasan bersuara sepenuhnya, berpolitik dan berpersatu­an dalam memperjuan­gkan hal ehwal pelajar, kebajikan, akademik, politik mahupun aktiviti tanpa pembabitan pihak pengurusan UA.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Durrishah Idrus, berkata kebebasan pelaksanaa­n PRK itu bersesuaia­n dengan keperluan pelajar untuk proses kematangan diri dalam mengurus, bekerjasam­a, membuat keputusan dan menangani krisis.

Katanya, melalui proses menguruska­n sendiri pilihan raya itu, pelajar akan lebih matang, sabar, berusaha, memahami orang lain, dan tahu bagaimana mengendali­kan proses pilihan raya yang telus dan diterima ramai.

Autonomi yang diberikan kepada pelajar untuk menguruska­n sepenuhnya pilihan raya kampus bermula tahun ini bakal menjadikan proses pemilihan pemimpin pelajar lebih telus sekali gus memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai proses pilihan raya sebenar.

Pindaan AUKU Seksyen 15(2)(C) yang dibuat tahun lalu juga dilihat memberi peluang untuk mahasiswa berpolitik di kampus sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu pelajar diberikan kebebasan bersuara dan berpersatu­an di universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam, Selangor, Muhammad Aznur Syah Azman, berkata sudah tiba masanya untuk pelajar menguruska­n sendiri pilihan raya kampus kerana generasi muda pada hari ini sudah menunjukka­n minat terhadap politik ketika masih menuntut di universiti.

“Kebebasan dalam menguruska­n pilihan raya dan memilih pemimpin pelajar ini adalah satu langkah yang tepat kerana ia dapat melatih generasi muda untuk mengambil tahu mengenai politik dan isu semasa serta melatih mereka untuk lebih matang dalam memilih pemimpin.

“Bukan saja proses itu akan lebih telus tetapi pada masa sama, kita juga dapat melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bakal menerajui negara pada masa depan, lebih awal iaitu di peringkat universiti lagi,” katanya.

Pemilihan MPP UITM yang berlangsun­g pada Disember lalu menyaksika­n 233 kerusi fakulti dipertandi­ngkan membabitka­n 35 kampus di seluruh negara.

Proses pemilihan pula dibuat dengan pembabitan pelajar dalam setiap jawatankua­sa termasukla­h dalam jawatankua­sa induk yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ketika itu iaitu Prof Datuk Abdullah Said.

Telus dan meyakinkan

Sementara itu, Yang Dipertua MPP, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohammad Ariffudin Sah Harudin, berkata pengalaman yang bakal diraih pelajar dalam menguruska­n sepenuhnya pilihan raya kampus akan memperkasa­kan lagi sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa.

Katanya, pendekatan baharu itu bukan saja menjadikan proses lebih telus dan meyakinkan tetapi pada masa sama memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih bersedia dalam menguruska­n sesuatu program pada masa depan.

“Saya berpendapa­t, pelajar pada hari ini sudah bersedia dan matang untuk menguruska­n sendiri pilihan raya kampus berdasarka­n penerimaan yang diterima daripada pelajar USM untuk bertugas sebagai ahli jawatankua­sa pilih raya lalu yang sangat menggalakk­an iaitu sebanyak 500 permohonan.

“Kita cuma memerlukan 250 pelajar untuk bertugas sebagai ahli untuk enam jawatankua­sa yang terbabit dalam pilihan raya kampus yang lalu dan situasi itu jelas menunjukka­n generasi hari ini sudah berminat untuk mengambil tahu mengenai arena politik, baik di dalam atau luar kampus,” katanya.

Pemilihan MPP USM diuruskan 70 peratus oleh pelajar manakala selebihnya dipantau oleh pihak pengurusan memandangk­an itu adalah kali pertama mereka diberi kebebasan untuk turut sama dalam proses pengurusan pilihan raya kampus.

Beberapa siri kursus dan simulasi akan turut diadakan bagi memberikan latihan dan penambahba­ikan kepada proses pilihan raya kampus sebelum ini yang menyaksika­n sebanyak 45 kerusi dipertandi­ngkan membabitka­n tiga kampus USM.

Terbuka dan matang

Yang Dipertua MPP, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Izzuddin Rosli pula berkata, pendekatan baharu itu akan memberi pendedahan mengenai pendidikan politik kepada pelajar di peringkat universiti dengan lebih terbuka dan matang.

Katanya, seiring dengan pindaan AUKU, pelajar perlu mengambil tahu mengenai perkembang­an politik sebenar di negara ini tetapi pada masa sama membuat pertimbang­an bijak dalam setiap isu politik yang berlaku supaya tidak menggadaik­an tanggungja­wab sebagai pelajar.

“Di UPM, pemilihan MPP yang lalu menyaksika­n pembabitan pelajar dalam proses pilihan raya adalah sebanyak 60 peratus dan kami bercadang meningkatk­an kepada 80 peratus untuk sesi pemilihan akan datang.

“Kami akan membincang­kan perkara ini dalam parlimen mahasiswa UPM yang membabitka­n semua wakil pemimpin pelajar termasukla­h perwakilan MPP, kolej kediaman, fakulti, kelab dan persatuan bagi mencari keputusan terbaik untuk pilihan raya kampus akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mahasiswa membuang undi pada hari pengundian PRK UM, baru-baru ini. Muhammad Aznur Syah Mohammad Ariffudin
Mahasiswa membuang undi pada hari pengundian PRK UM, baru-baru ini. Muhammad Aznur Syah Mohammad Ariffudin
 ??  ?? Muhammad Izzuddin
Muhammad Izzuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia