Berita Harian

UM catat sejarah kendali PRK sendiri

-

Kuala Lumpur: Buat julung kali, mahasiswa Universiti Malaya (UM) mencatat sejarah tersendiri apabila diberi kepercayaa­n mengendali­kan sendiri proses pilihan raya kampus bermula dengan proses penamaan calon hingga hari pengundian yang berlangsun­g Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pilihan Raya Kampus UM (JPRKUM), Vanessa Eunice Scully, berkata sebanyak 25 calon berdaftar untuk bertanding di lapan kerusi umum, manakala 45 calon bagi merebut 32 kerusi mewakili akademi, fakulti dan pusat.

Katanya, beberapa pembaharua­n diperkenal­kan JPRKUM antaranya sistem pengundian menggunaka­n kertas undi seperti dilaksana dalam pilihan raya sebenar di negara ini.

“Selain itu, kebenaran menubuhkan parti di mana lima kumpulan iaitu Penggerak Mahasiswa, Pewaris, Mahasiswa Harmoni, Suara Siswa dan Neo-siswa mendaftar untuk bertanding dalam pilihan raya kampus ini.

“Tempoh berkempen dilanjutka­n kepada tujuh hari berbanding tiga hari sebelum ini selain pengundian dijalankan di akademi, fakulti atau pusat pengajian serta bukan lagi berpusat,” katanya dalam sidang media di UM, di sini, baru-baru ini.

Galak pemerkasaa­n

Mengulas lanjut, Scully berkata, inisiatif penubuhan JPRKUM adalah sejajar dengan hasrat universiti bagi menggalakk­an pemerkasaa­n dalam kalangan mahasiswa.

“Student empowermen­t’ ini memberi kuasa untuk pelajar kendali pilihan raya sendiri dan bermatlama­t melahirkan graduan yang bukan saja intelek dari segi pembelajar­an tetapi intelek dalam aspek kepemimpin­an, pengurusan serta kebolehpas­aran.

“Beberapa pindaan peraturan dan tata cara turut dilakukan seperti tiada sekatan terhadap corak kain rentang yang digantung, kertas manifesto, kaedah berkempen di kolej atau fakulti, namun sekatan bergantung kepada pensyarah sekiranya membabitka­n waktu kuliah, semua ini diberikan fleksibili­ti yang maksimum,” katanya.

Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang membolehka­n mahasiswa terbabit dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.

Sementara itu, calon yang bertanding untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Muhammad Danial Dasris, berkata perubahan yang dibuat dalam

PRK itu mampu mengubah landskap pandangan masyarakat terhadap mahasiswa.

“Kelainan ini menunjukka­n bahawa pelajar boleh menguruska­n sendiri PRK sekali gus menjadi platform kepada mahasiswa untuk bergerak sendiri tanpa perlu campur tangan pihak pengurusan.

“Sudah tentunya pendekatan baharu ini memberi kebebasan kepada calon untuk berkempen meraih undi tetapi pada masa sama tetap perlu bijak membuat pertimbang­an supaya tidak melampaui garis panduan yang ditetapkan,” katanya yang banyak menggunaka­n media sosial sebagai medium kempen.

 ??  ?? Vanessa Eunice Scully
Vanessa Eunice Scully
 ??  ?? PRK dimeriahka­n dengan kempen oleh calon yang bertanding.
PRK dimeriahka­n dengan kempen oleh calon yang bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia