Berita Harian

Memahami proses demokrasi dengan lebih baik

-

“Melalui pendekatan ini, pelajar boleh memilih pemimpin mereka sendiri dengan lebih bebas, memahami proses demokrasi dengan lebih baik dan pihak pengurusan berharap mereka lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan,” kata Prof Durrishah.

Selain itu, katanya, kebebasan ini juga akan menjadikan pelajar peka kepada apa yang berlaku dalam negara, boleh terbabit sama dalam proses pembanguna­n politik sekali gus melatih dan memberi ruang kepada mereka yang berminat dalam politik.

Bagi sesi pemilihan MPP UTM yang lalu, pelajar terbabit secara aktif dalam proses berkenaan malah seluruh jentera pilihan raya diketuai oleh pihak ketiga yang dilantik oleh universiti tanpa campur tangan daripada pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Prof Durrishah berkata, sudah tentunya pihak universiti akan memberikan autonomi kepada pelajar untuk menguruska­n sendiri PRK akan datang malah mahasiswa juga sudah sedia maklum mengenai perkara berkenaan.

Katanya, pada pemilihan lalu, UTM ingin menyerahka­n sepenuhnya kepada pelajar tetapi mereka meminta sedikit masa, justeru itu sedikit sebanyak proses berkenaan masih dibantu oleh sekretaria­t yang dilantik oleh UTM (bukan HEP).

“Bagi pelajar yang akan bertanding sebagai MPP, saya sarankan supaya mereka menjadi lebih inklusif dengan melihat seluruh ahli kampus sebagai bakal pengundi dan bukan hanya berjaya mempengaru­hi mereka yang sealiran kepercayaa­n politik dengan mereka semata-mata.

“Melalui cara ini, barulah pelajar akan benar-benar menjadi pemimpin berjiwa besar dan mampu membawa perubahan di masa depan,” katanya.

Pendekatan tepat

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, turut bersetuju untuk menyerahka­n sepenuhnya proses PRK kepada pelajar.

“Pendekatan itu tepat kerana pelajar universiti adalah golongan yang sudah matang untuk membuat keputusan dalam memilih pemimpin pelajar tanpa dipengaruh­i oleh manamana pihak.

“Jika kita mahu pemimpin dalam kalangan orang muda yang menerajui negara pada masa depan, saya fikir universiti adalah pentas yang sesuai untuk melatih pelajar menjadi pemilih yang bijak dan juga pemimpin matang melalui pendedahan awal dalam PRK,” katanya.

Pemilihan MPP UNISZA pada Oktober lalu menyaksika­n 30 kerusi dipertandi­ngkan yang turut membabitka­n pelajar sebagai ahli jawatankua­sa termasukla­h dalam jawatankua­sa induk dan pelaksana.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, berpendapa­t tanggungja­wab dan amanah yang dipikul pelajar dalam melaksanak­an proses PRK itu boleh mematangka­n minda dan sikap mereka.

Katanya, pada masa sama, kebebasan yang diberikan itu juga menguji integriti dan memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatk­an kemahiran insaniah mereka menerusi komunikasi serta penyelesai­an masalah.

“Di UPM, kita sudah membuat pindaan ke atas Peraturan Pemilihan MPP supaya selaras seperti yang dihasratka­n oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

“Usaha penambahba­ikan secara berterusan melalui perbincang­an bersama wakil pemimpin pelajar akan terus dilakukan dalam mendidik dan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mengalami sendiri proses pembelajar­an secara tidak formal ini,” katanya.

 ??  ?? Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman
Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman
 ??  ?? Prof Dr Durrishah Idrus
Prof Dr Durrishah Idrus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia