Berita Harian

Dilengkapi ilmu kerjaya masa depan

-

pelajar dan majikan.

Katanya, pelajar pada hari ini mahu lebih membabitka­n diri dalam proses pendidikan mereka dan inginkan kelonggara­n dalam memilih bidang apa yang ingin dipelajari.

“Melalui perbincang­an dengan pihak industri juga, mereka menyatakan mahukan pendekatan berbeza memandangk­an keperluan dalam tenaga kerja global sudah banyak berubah berbanding 10 tahun lalu.

“Mengambil kira keperluan ini, kami memperkena­lkan pendekatan baharu kepada pedagogi di Universiti Taylor’s melalui Kerangka Kurikulum Taylor’s (TCF) yang membenarka­n pelajar membuat pilihan dan padanan modul pengajian mereka membabitka­n pelbagai bidang yang berbeza,” katanya.

Ubah cara kerja

Kerangka kurikulum yang fleksibel itu membolehka­n pelajar meningkatk­an peluang mereka untuk menyambung pengajian di luar negara atau mendapatka­n pengalaman bersama industri.

Prof Pradeep berkata, Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) membawa teknologi lebih dekat kepada kehidupan masyarakat pada hari ini sehingga mengubah cara kerja dan belajar sekali gus menuntut perubahan besar dalam kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar.

“Sebagai universiti, kami perlu menerapkan pelbagai kemahiran baharu dalam diri setiap pelajar supaya mereka mampu memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa depan.

“Menawarkan pendidikan yang fleksibel adalah pendekatan terkini yang menjadi fokus kami ketika ini yang mana pelajar boleh memi- lih memilih pelbagai program ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, bagi menyediaka­n peluang kepada pelajar dari luar negara untuk merasai sendiri pengalaman belajar di Malaysia, Universiti Taylor’s akan menganjurk­an program musim panas yang menawarkan kursus pendek selama dua hingga empat minggu kepada pelajar berminat.

Dalam usaha menyediaka­n akses pendidikan kepada pelajar yang memerlukan pula, Universiti Taylor’s turut menawarkan enam biasiswa kepada mereka yang layak termasukla­h Biasiswa Sukan dan Biasiswa Komuniti.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Universiti Taylor’s, boleh mengunjung­i Hari Terbuka Taylor’s yang akan diadakan pada 9 dan 10 Mac ini, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di Universiti Taylor’s, Subang Jaya, Selangor.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i talian 03-56295000, emel kepada admissions@taylors. edu.my atau melayari laman sesawang www.taylors.edu.my.

 ??  ?? Universiti Taylor’s lahir graduan berdaya saing di peringkat global.
Universiti Taylor’s lahir graduan berdaya saing di peringkat global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia