Berita Harian

Mendalami tradisi etnik Banjar di Bagan Serai

-

Ipoh: Bagi melihat sendiri tradisi etnik Banjar, seramai 71 mahasiswa Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UNIKL RCMP) mengadakan program Jelajah Etnik 2019 (Perkampung­an Etnik Banjar) di Bagan Serai, baru-baru ini.

Pelbagai program dijalankan antara mahasiswa perubatan dengan penduduk kampung, termasuk bergotong-royong menyediaka­n masakan serta kuih-muih tradisi masyarakat Banjar seperti kuih balungan hayam dan wadai kiping.

Pensyarah penasihat, Ibrahim Ahmad, berkata program itu bukan sahaja memenuhi silibus kursus, sebaliknya membuka minda pelajar tahun satu berkenaan untuk melihat dan mengenali tradisi yang masih diamalkan oleh etnik Banjar di negara ini.

“Suatu pengalaman baharu diperoleh mahasiswa apabila mereka mendekati dan memahami tradisi yang masih dipertahan­kan oleh etnik Melayu.

“Sekalipun bakal berkecimpu­ng dalam bidang perubatan, golongan itu wajar didedahkan dengan pelbagai pengetahua­n dan pengalaman sebagai bekalan ketika berkhidmat kelak,” katanya.

Majlis perkahwina­n

Majlis perasmian penutup disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Kerian, Muhammad Sabli Bakri.

Menariknya, kumpulan mahasiswa UNIKL RCMP berpeluang melakonkan situasi majlis perkahwina­n tradisi masyarakat Banjar dan menguruska­n hida- ngan tetamu yang hadir.

Sementara itu, pengarah program merangkap peserta, Muhammad Irfan Huzaimi, berkata pengalaman itu amat berharga buat peserta kerana dapat mempelajar­i pelbagai sudut kehidupan etnik Banjar.

“Sebagai mahasiswa, saya sangat teruja dan sudah pasti banyak perkara dapat dipelajari melalui program ini dengan antaranya adat berpukong atau menidurkan anak secara duduk adalah pengetahua­n baharu kepada saya.

“Terima kasih kepada pihak universiti kerana merancang program seperti ini. Sebagai agensi MARA, usaha mendekatka­n mahasiswa dengan masyarakat luar bandar wajar diberi keutamaan,” katanya.

 ??  ?? Selain menjalanka­n aktiviti bersama-sama masyarakat kampung, peserta turut menyampaik­an sumbangan sempena dengan Program Jelajah Etnik 2019 di
Bagan Serai baru-baru ini.
Selain menjalanka­n aktiviti bersama-sama masyarakat kampung, peserta turut menyampaik­an sumbangan sempena dengan Program Jelajah Etnik 2019 di Bagan Serai baru-baru ini.
 ??  ?? Mahasiswa Perubatan UNIKL RCMP berpeluang melakonkan situasi majlis perkahwina­n masyarakat Banjar, baru-baru ini.
Mahasiswa Perubatan UNIKL RCMP berpeluang melakonkan situasi majlis perkahwina­n masyarakat Banjar, baru-baru ini.
 ??  ?? Adat berpukong atau menidurkan anak secara duduk menjadi satu daripada tradisi masyarakat Banjar.
Adat berpukong atau menidurkan anak secara duduk menjadi satu daripada tradisi masyarakat Banjar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia