Berita Harian

SOAP kini ke Kemboja

-

beri penumpuan untuk mahasiswa menjalanka­n program berbentuk khidmat komuniti, selain memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepelbagai­an cara hidup, budaya serta agama.

Pengarah program, Muhammad Faiz Abdul Manab, berkata SOAP adalah program berterusan yang dijalankan di beberapa lokasi dalam negara dengan menyasarka­n kelompok masyarakat yang berbeza. Katanya, untuk tahun ini, pasukan

memilih Madrasah Qamaruddin Al-islamiah dan Madrasah Ar-raafea'ah, masing-masing di Kampung Stung Thmei dan Tonle Sap sebagai destinasi pilihan.

“Pemilihan kedua-dua madrasah sebagai lokasi program adalah tepat dan berbaloi kerana dapat mencapai objektif dengan memberi kesedaran serta perkongsia­n ilmu melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama-sama penghuni madrasah.

Peringkat baharu

“Melihat maklum balas yang diberikan oleh masyarakat di sana, kami cukup gembira dan berpuas hati kerana dapat meluangkan masa bersama-sama penduduk Islam di Siem Reap,” katanya.

Selain aktiviti kesedaran seperti pentingnya menjaga kebersihan gigi dan gotong-royong membersihk­an kawasan madrasah serta kampung, pasukan SOAP turut menyerahka­n barangan seperti jubah, telekung, buku iqra, sabun, ubat dan berus gigi serta alat tulis yang disum- bangkan oleh orang ramai kepada kedua-dua madrasah berkenaan.

Sementara itu, felo pemantau, Siti Mahsuri Talib, berkata SOAP Cambodia and Beyond yang diadakan selama lima hari empat malam itu adalah percubaan pertama membawa warga Kolej Enam Belas ke luar negara.

“Kita cuba bawa SOAP ke satu peringkat lain. Walaupun cabarannya lebih sedikit berbanding di Malaysia, terutama dari segi kewangan, interaksi, dan bahasa, semuanya dapat diatasi dengan komitmen pasukan serta kerjasama pelbagai pihak.

“Banyak yang dapat kita pelajari daripada kunjungan ke Kemboja ini dan adakalanya di luar jangkaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia