Berita Harian

Arkitek kerjaya mencabar

Pastikan setiap projek penuhi kehendak pelanggan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Mula meminati bidang reka bentuk dan seni bina sejak berumur enam tahun lagi, siapa sangka berkat sokongan berterusan bapa saudaranya, Rosli Misran, 50, mendorong Ar Aizuddin Aizat Zulkifli, 33 untuk berusaha gigih sekali gus memilih arkitek sebagai kerjayanya kini.

Graduan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) itu berkata, walaupun tampak glamor, namun tanggungja­wab yang digalas seseorang arkitek cukup mencabar, terutama bagi memastikan sesuatu projek disiapkan pada waktu ditetapkan, di samping memastikan kehendak pelanggan dipenuhi.

Berkongsi pengalaman­nya, pengarah syarikat Arkitek MZD Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Damasara Perdana itu berkata, sebelum ini, beliau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Sains Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar serta Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Reka Bentuk di mana kedua-duanya dilakukan di UIAM.

“Selepas tamat pengajian di universiti, saya menimba banyak ilmu berguna dan pengalaman berharga ketika bekerja di tiga syarikat antaranya Arkitek ICB Sdn Bhd, Arkitek Mustapha Kamal serta Garis Architects Sdn Bhd.

“Kemudianny­a, timbul impian untuk menyempurn­akan bahagian ketiga, di mana saya menduduki ujian lisan pada 2015 dan menjalani peperiksaa­n yang ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia, Alhamdulil­lah lulus serta berjaya melepasi semuanya pada bulan Ogos 2016,"” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tidak patah semangat

Aizuddin mengakui terdapat banyak cabaran dan kekangan ditempuhin­ya sebelum ini seperti sukar mendapat tawaran projek susulan faktor ekonomi tidak menentu.

Bagaimanap­un, bapa kepada tiga anak itu tidak pernah sekali-kali patah semangat kerana yakin terhadap kemampuan diri dan sentiasa mempraktik­kan segala pengalaman dimiliki khususnya bagi berdepan dengan persaingan dalam industri.

“Sejak hari pertama bekerja, saya sentiasa sematkan dalam minda agar dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan kerana yakin mereka juga berpotensi untuk bekerjasam­a dengan kita kelak.

“Bagi saya, arkitek ialah ker- jaya profesiona­l yang seimbang, bukan setakat kreatif dalam menyediaka­n reka bentuk bangunan tetapi perlu mahir dari segi pengetahua­n teknikal berkaitan lukisan, bijak berkomunik­asi dan mampu memenuhi kehendak pelanggan dengan baik,” katanya.

Arkitek muda kelahiran Selangor itu berkata, beliau bertuah kerana isterinya, Noraini Sarmany, 33, amat memahami kerjaya yang dice- buri, selain menjadi tulang belakang penting terhadap susah dan senangnya meraih kejayaan.

“Masih banyak lagi kejawyaan yang belum dicapai, justeru saya berazam untuk mengembang­kan lagi firma ini ke tahap terbaik, termasuk mendapatka­n lebih banyak tender dan projek besar, pada masa sama mahu melatih lebih ramai staf dalam menguasai aspek pengurusan dengan menyeluruh,” katanya.

 ??  ?? Aizuddin Aizat
Aizuddin Aizat
 ??  ?? Ar Aizuddin (kiri) sedang mengkoordi­nasi kerja skop seni bina bersama-sama Arkitek Residen, Ahmad Khairi (kanan) untuk memastikan pelaksanaa­n dijalankan mengikut pelan yang telah diluluskan.
Ar Aizuddin (kiri) sedang mengkoordi­nasi kerja skop seni bina bersama-sama Arkitek Residen, Ahmad Khairi (kanan) untuk memastikan pelaksanaa­n dijalankan mengikut pelan yang telah diluluskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia